23 Januari 2013: a month to go!

you_can_large-

Kali terakhir aku post entry pada 23 Disember tahun lepas, 2012. Hari ni 23 Januari post pertama untuk tahun 2013 (tapi post pada 24januari).  Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup ditahun yang banyak desas desus. Dan akhirnya siapa yang maha mengetahui dan penentu? Hanya Allah s.w.t

Untuk tahun ni macam-macam rasanya. Mula  nak new year pun ntah hati ni macam-macam rasa. Alhamdulillah dah settel segala yang berkaitan penghujung tahun 2012 dan permulaan 2013. Kini kembali kepada tarikh yang dinanti, 10 mac! Namun, bukanlah kehidupan andai seperti yang sudah dijangkakan.

apa yang terjadi??

Tup..tup..tup.. dapat panggilan telefon yang mengatakan sidia exident! Bayangkan lagi dua bulan nak tunang dan minggu yang sepatutnya dia balik untuk tunjuk cincin risik tetibe exident pulak. Masa mula-mula dah pasrah takpelah asalkan dia selamat sudah dan sebenarnya sudah bersiap siaga kalau-kalau majlis yang diplan tu kena ditangguhkan.

namun ape yang terjadi??

Bukan tak jadi atau ditangguhkan malah DIPERCEPATKAN!! Oke happy, terkejut, exited, tak bersedia, risau segalanya bercampur baur. Macam tak percaya lagi sebulan aku nak jadi tunangan orang! Dahlah time tu gaji pon belum masuk!! haishhh   terpaksala buat pinjaman dulu. Nanti duit dah masuk terkebil-kebil keluarkan duit bayar balik pinjaman tu huwaaaaaaaaaa!!!

Dah mula berangan nak ambil gambar macam ni hihihi

Dah mula berangan nak ambil gambar macam ni hihihi

Dan kalau sebelum ni ikut planning asal kami akan bertunang pada 10 mac kemudian majlis merisik akan diadakan berasingan tapi apabila dipercepatkan, majlis merisik dan bertunang diadakan serentak, 23 Febuari 2013. 😉 senyum ajelah.. Ya Allah risaunya… memang belum prepare apa-apa. Sidia pulak yang dah beria itu ini. Harap-harap tangan dia cepat sembuh.

Apa yang aku nak perkatakan disini sebenarnya, jodoh itu rahsia Allah. Tak perlu kita mengeluh atau mendesak untuk mempercepat atau takut terlambat. Kerana jodoh juga seperti kematian, andai sudah tiba masanya, takkan dipercepat atau diperlambat walau sesaat. Segala yang Allah tentukan tu ada sebabnya. Cuma jodoh juga adalah rezeki, sudah ditentukan namun harus jua dipohon dan banyak mana, dengan siapa, juga bila masanya itu hanya Dia yang tahu. Sesungguhnya Dia tidak akan beri apa yang kita mahu tapi yang kita perlu.

Semoga Allah memberi keberkatan buat kami. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Thank you Allah.

Aaamin.....

Aaamin…..

Advertisements

Test: Suksess!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

baby_smile

Test undang-undang berkomputer?

Alhamdulillah, BERJAYA!! LULUS!! hehe over kan? test komputer undang-undang je pown. Tapi bagi aku amat puas dan bersyukur. Kenapa? Atas sebab-sebab di bawah:

1. STUDY LAST MINUTE:

Aku attend PKK class hari sabtu. Ahad isnin selasa aku enjoy. Buku oren tu tersimpan baik je dalam handbag. Tak de rasa bersalah langsung biarkannya terperuk je kat situ. Hari rabu barulah ada belek-belek. Tapi macam masuk tak masuk. Khamis kembali enjoy. Hinggalah jumaat barulah ada kesedaran. Konon buat note (macam time nak exam kat u je). Fokus terutama bab pemanduan berhemat yang katanya part paling susah. Masa tu jugak barulah menyesal tak beli buku soalan undang-undang yang agen offer masa tu. Nak beli dah terlambat, esok pagi ni test!

2. WAJIB LULUS

Kenapa aku kata wajib lulus? Bukan sebab wajib lulus kerana nak ambil lesen dan tak mau ulang ambil tapi wajib lulus sebab malulah kalau gagal then adik aku lulus. Takkan nak kalah dengan adik kowt. Mesti malu kan? Jadi apa pun terjadi, cukup makan ke apa aku wajib lulus! Dan, belajar tinggi-tinggi sampai U, kalau soalan-soalan masa SPM, STPM dan U dulu susah pon boleh lulus, takkan test undang-undang gagal kowt. Bila terfikir kawan-kawan lain yang kini dah ada lesen dan berkereta sendiri mula bersemangat balik untuk LULUS!!

Jangan tanya berapa aku lulus tapi tanya macam mana aku boleh lulus. Nak tahu?

11

Wajib cari software ni!

1. BUAT LATIHAN GUNA SOFTWARE UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER.

Ader software??? Oke hentikan perasaan terkejut tu bagi yang tidak tahu ye. Untuk pengetahuan kalian software ni memang ada! Please pi google then search je words ni akan keluarlah nanti. Tapi ada satu tu dia dah remove dah doc tu so pilih yang ada 4shared tu. Aku tak attach link kat sini sebab aku salah downlode (tak tahulah kenapa tiap kali aku downlode sofware mesti fail. Benda lain yang terdownlode nanti. Jadi yang aku dapat tu adik aku yang downlode dan betul). Software ni sangat bagus. Sebab, 92% latihan yang aku buat (setelah beberapa kali buat) semuanya masuk dalam ujian! Betul tak tipu.

Jadi dengan membuat latihan ni kita tahulah soalan/topic/papan tanda apa je yang femes dan selalu keluar. At the end, ada masa 5 minit untuk check balik jawapan yang betul. Serius sangat-sangat membantu! Kalau nak diharapkan baca buku tu je, korunk buatlah nota kecil untuk hafal macam mane pun, belum tentu korunk boleh jawab dengan betul. Dan, kadang-kadang ada je maklumat baru yang korunk dapat yang tak de pun dalam buku tu tapi ada dalam latihan tu.

Contoh soalan.

Contoh soalan.

Set soalan tu banyak. Jadi setiap kali anda buat test soalan set berlainan akan keluar. So memanglah berbaloi. Masa buat ni aku asyik fail je. Bayangkan score cuma around 65-80% je. Maunya tak risau. Esok dah exam tapi fail aje, adik aku buat lulus je, markah 90% above. Oke memang sangat risau.Sampailah aku :

2. MOHON PADA ALLAH

Ya, sampailah aku mohon pada Allah. Siap solat hajat! Aku mohon sangat untuk lulus dan dapat soalan yang dalam pengetahuan aku. Ya Allah aku punya takut hebat betul. Aku rasa nak exam penting lain takdelah senerves ni. Lepas solat aku buat test lagi alhamdulillah aku score 84% bersamaan 42/50. Cukup-cukup makan untuk lulus. Lega sikit hati. Tapi lepas tu buat lagi aittt 75 balik?aduhh punah. Pastu buat lagi score 96. Buat lagi fail lagi. Haiii apalah nasib esok ye..

(Masa tamat kelas KPP confident je boleh score 50/50 tapi lepas buat latihan rasa kalau lulus pon dah untung =_=)

Tapi, alhamdulillah sangat-sangat, hari sebenar test, aku berjaya score 47/50 soalan!!!!!!!!!!!!!!!!!!! adik aku? huh 44. Wahhh aku lagi tinggilah? Serius tak percaya sangat! Alhamdulillah soalan yang aku jawab betul tu semuanya yang macam aku buat kat latihan software tu. Kiranya yang aku salah tu yang tak de dalam software tulah. Jadi, anda masih tak percaya? haruslah percaya. Software tu sangat membantu. Alhamdulillah syukur Allah!

Contoh paparan result tutorial.

Contoh paparan result tutorial.

Disini aku share sedikit prosedur masa attend test undang-undang berkomputer:

Datang awal. Masuk tulis nama, alamat, no ic, dan sign. (tapi buat bila pekerja kat situ suruhlah! Jangan nak memandai sendiri). Dah tulis semua tu bagi ic pada akak yang kat kaunter tu. Duduk kemudian nanti dia akan panggil untuk thumb ibu jari kanan. Bila dah nak masuk nanti adalah kena isi borang dan sign juga tulis waktu masuk. Oh ye, sebelum masuk bilik test, kena ambil gambar dulu. Kan kita kena bayar RM10 kan? Masa ambil gambar ni on de spot dan bagi yang bercermin mata kenalah buka cermin mata tu.

Masuk bilik test dengan IC je. Beg sume tinggal luar. Kalau bawa beg handset tinggal dalam beg, kalau tak letak kat meja kaunter. Akak kat kaunter akan bagitau kita komputer no. berapa.

Masa dah masuk kena isi no ic dan status kewarganegaraan. Cuak sesangat bila kata ic takde dalam maklumat!! Rupanya aku salah pilih status. Ohhoo.. patotnya pilih MALAYSIAN ni tak, aku pilih PENDUDUK TETAP. Haahahha *vegong. Otak melilau kemana ntah! Dah lah sebelum masuk bilik tu perut mulas-mulas. Ya Allah..

APA JE DALAM TEST TU?

Lepas masukkan ic dan status, akan ada arahan. First 8 soalan rabun warna (sama macam masa kat kelas KPP). Then, 5 soalan rabun. Soalan rabun ni macam pilih nombor yang tertera, no flet kereta gitulah. Mudah je. Cuma takut sebab soalan-soalan ni wajib lulus. Jadi jangan careless pulak! Dan barulah 50 soalan undang-undang. Screen terakhir akan ada result. Lulus ke tak dan score anda.

Keluar bilik dengan tersenyum lebar. Beri ic pada akak tu dan dia minta kita tulis waktu tamat dan dia akan beri resit bayaran gambar then, dia comfirmkan markah kita dan cakap lulus ke tak. Tu je!!! Sekejap sangat! Dah siap kami makan kat kedai mamak kat depan tu. Hati senangkan, makan sonok jer.

Siap je ingat boleh balik, rupenya menunggu punye tunggu pukul 2 baru balik! Duk tercongok dahlah panas! Subhanallah. Tunggu ada sorang lagi peserta yang tengah attend kelas teori punya lama. Apapun, syukurlah tadi lulus 🙂

Allah pasti akan membantu, jadi janganlah kita sombong untuk meminta. Jika telah diberi olehnya, bersujud syukurlah atas nikmat itu. InsyaAllah ada keberkatannya 🙂 (ynbl 2012)

p/s: Terima kasih yang tak terhingga juga kepada saudara yang sudi share software ni. Saya minta izin playscreen ya. Terima kasih!

  * اَلْحَمْدُلِلّهِ * سُبْحَانَ اللّهُ  * اَللّهُ اَكْبَرُ *

Input dari kelas driving lisence!

QSuUuD6n2iSAM_9799

Isnin yang lepas aku baru je hadiri kelas KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu). Penatnya nak sampaikan ke Bandar Penawar tu. Memang macam satu perjalanan yang jauh. Cuaca pun panas dan tetibe hujan. Nasib baik hujan sekejap-sekejap dan hujan tu time aku dalam kelas. Lenguh betul nak habiskan masa 5jam untuk kelas KPP ni. Start pukul 10 sampai kul 1 sesi pertama then rehat 1 jam sambung sesi kedua dua jam. Otak dan badan dah lama retire untuk dengar-dengar ceramah or lesson ni tapi mujurlah cikgu sesi petang tu lawak sangat so memang happy endinglah haha!

Jadi ada beberapa perkara yang aku mahu share disini. Yelah tak semua orang tahu apa kena bawa, apa benda wajib ada dan sebagainya kan. Oke, baca ni elok-elok:

Untuk dapatkan lesen, anda boleh cari ejen-ejen berdekatan. Dia ni akan ambil anda dari rumah biasanya awal-awal pagi before pukul 8 la. Kalau rasa anda segan sesangat bolehlah daftar sekali dengan kawan-kawan tak pun adik beradik jadi kat sana nanti anda ada kawan dan taklah canggung sangat! Kat bawah ni aku listkan beberapa perkara penting yang anda perlu tahu. Point lagi mudah fahamkan…

* Bayaran dan IC:

Untuk permulaan bayaran ialah sebanyak RM200 (depends egen). WAJIB BAWA DUIT RM200 NI SEMASA PENDAFTARAN! Sebelum anda pergi hari first ni anda terlebih dahulu perlu berikan butiran macam nama dan ic pada agen. Tapi masa hari first mendaftar ni memang wajib ada duit RM200 dan PASTIKAN IC ANDA TU TAK ROSAK! kalau tak nanti komputer tak boleh baca dah anda terpaksa ambil test undang-undang kat tempat lain pulak (main agency).

* Hari first:

Setelah bayar yuran pada egen, anda akan lineup tunggu turn. Masa ni nama akan dimasukkan dalam sistem komputer. So anda perlu tunjukkan IC untuk di scan, thumb cop ibu jari kanan dan tulis-tulis butiran macam nama, alamat dan sign. Masa ni kerani tu akan beritahu kalau ic anda tak boleh baca dan anda kenalah inform hal ni kepada agen anda. Ingat, kepada mereka yang masih dalam proses tukar ic baru or rosak, sila bawa surat pengesahan dari JPN. Jangan bawa slip pembayaran pulak, nanti mati-mati kerani tu tak bagi daftar dan dah payah kena orang datang ambil kat rumah bagai.

Selesai mendaftar anda akan masuk bilik untuk dengar lesson KPP. Sebelum bermula dan semasa menunggu peserta lain siap daftar anda akan diberikan sebuah buku panduan pembelajaran, borang dan test warna. Tak ingat pulak rasanya dalam 30 soalan gitulah. Mudah je. Dan harus ingat. pakai kasut bertutup. Kalau pakai selipar nanti kena halau dan kena usahakan jugak kasut sampai jumpa untuk masuk kelas ni.

QSuUuD6n2iSAM_9800

pergh aku memang rajin kan membuat note-note tambahan.

Kebanyakkan budak-budak lelaki ambil lesen lepas habis sekolah. Jadi kalau korunk ambil lesen masa umur macam aku ni (above 22) nanti korunk akan sekelas dengan adik-adik je. Jangan harap nak ada yang sebaya. Yang tua-tua pulak tu cikgu-cikgu pengajar korunk nanti dan kalau yang dah berumur ni belajar kebanyakkannya kaum perempuan la, kakak kakak makcik makcik hehe

Kos makan sehari dalam RM5 la. So kalau nak bawa air ke makanan sendiri terpulang. Kebetulan hari tu time aku leh kantinnya cuma ada nasi putih, ikan goreng, ayam masak kicap dengan sayur peria je. Air pulak cuma sirap limau dengan honey deu (haha tak reti aku nak eje). So aku just ambil nasi dengan ayam kicap. Nasib baiklah ayam kicapnya sedap! huhu so kos sorang makan hari tu RM4.50

* Habis kelas:

Tamat je kelas yang menyeronokkan tu anda akan ada taklimat tentang ujian selama 5 minit. Masa ni cikgu akan beritahu ada berapa soalan, pakaian dan berapa jumlah wajib lulus, apa perlu bawa dan sebagainya. Maklumat lanjut seperti dibawah. Sebelum balik anda kena thumb sekali lagi dan sign pada butiran masa mendaftar tadi. Time ni kena tunggu sikit sebab untuk thumb kena sharp ada waktu dia.

*ujian komputer undang-undang jalan raya:*

1. ujian warna : 8 soalan kelapan-lapan wajib betul. Kena jawab betul-betul jangan salah click sebab jawapan tak boleh ubah!

2. ujian rabun : 5 soalan dan kelima-lima wajib betul macam ujian warna.

3. soalan undang-undang : 50 soalan. Kena fikir betul-betul sebab soalan a bit tricky. Cikgu pesan kena baca soalan sampai habis dan untuk soalan ni kena betul minimum 42/50 soalan. Soalan yang dah dijawab boleh diubah jawapan. So jawab la dengan berhemah. Ada 500 set soalan nasib lah anda dapat set yang mana.

Pakaian: Kemas dan sopan. Untuk lelaki kena T-shirt berkoler! Berkasut tu opkos.

Apa perlu bawa? : IC yang boleh dibaca, duit RM10 untuk gambar on the spot time tu dan tentulah buku untuk dibaca semasa menunggu turn. Sekali masuk 5 orang depends pada tempat korunk ada yang 8 or maybe 10. Ingat nanti masuk bilik tu bawa diri je. HP tinggal kat luar.

JELAS?? MOHON JELASLAH YE hehe…

apa yang cikgu kata penting dan suruh tanda semua aku tanda. Tapi stress betul macam rasa sama je dengan kalau cikgu cakap semua  wajib bace =_=

apa yang cikgu kata penting dan suruh tanda semua aku tanda. Tapi stress betul macam rasa sama je dengan kalau cikgu kata semua wajib bace =_=

Ohye, untuk ambil test komputer undang-undang ni kena selepas 4 hari dari hari kelas kpp. Jadi sabtu ni baru aku akan ambil after hole Johor & agen cuti hari Jumaat. Wish me luck! walaupun memang rasa malas gler nak baca! Tapi salutelah adik aku yang time spm pon malas nak baca buku tapi untuk test undang-undang ni dia baca buku taw. Wah!! menggugat ni.. harap-haraplah kami lulus. Dan semasa aku menduduki kelas kpp tu banyak jugalah input-input baru yang aku dapat. Sebenarnya nak menjadi pemandu yang berhemah ni memang bukan senang. Banyak benda baru aku dapat dan time tu otak aku terfikir, sebenarnya beruntung kalau yang masih sekolah pi ambil lesen dan hadiri kelas kpp sebab kalau karangan bm keluar tajuk bab-bab excident mesti diaorang ada some input/ idea tentang punca-punca kemalangan dan pemanduan berhemah. Dan, untuk menjadi seorang guru yang baik, haruslah menjadi role model yang baik, lucu dan tak memboringkan! Sekian untuk makluman dan semoga bermanfaat.

Assalamualaikum..

Rindu bandar KL!

bas yang dulu ditunggu-tunggu.

bas yang dulu ditunggu-tunggu.

Kuala Lumpur……. ibu kota yang sentiasa sibuk dan sesak dengan manusia. Bukan sahaja asap bas dan lain-lain kenderaan yang melemaskan tapi sesak dengan orang luar ( area pudu, jalan tar, masjid jamek etc). Kadang-kadang rasa macam kita pulak yang menumpang di negara kita sendiri bila bangladesh and indonesian sangat ramai memenuhi seisi ibu kota.

Sejujurnya, rasa macam dah lama sangat je tak menjenggah sana. Rindu rasanya. Last masa sebelum konvo kelmarin. Serius, rindu nak naik bas metro no.17 yang selalu park kat depan kota raya tu. Kenderaan yang selalunya padat macam tin sardin nilah yang sebelum ni menjadi kenderaan wajib tiap kali outing zaman universiti dulu. Kengkawan U, I really miss you… =_=

sam_6878

rindu kat kawan-kawan pemilik kaki-kaki ni =(

Rindunya nak jalan-jalan kat masjid jamek/jalan tar dan rindu giler dengan CM (central market!!!). Walaupun tak berapa suka sangat naik monorel/lrt (sebab selalu fail mengingat mane tempat nak naik) dan segala kenderaan awam yang selalu sesak-sesak ni tapi bila dah berjauhan ni jadi rindu pula dengan segala pengalaman tu. (kena hujan, bau ketiak masham orang, padat-padat macam tin sardin sampai sushi kemek? huh sekarang tinggal kenangan dah semua tu)

best ever nasi ayam tentulah kat CM. Sos pekat yan rasa macam bunga kantan tu memang owesome!

best ever nasi ayam tentulah kat CM. Kicap pekat yang rasanya macam bunga kantan tu memang owesome! btw, oldskull gler gambar ni! 2 tahun yang lalu..

Bersyukurlah jugak dapat belajar di universiti berdekatan dengan bandar KL ni, jadi dapatlah kaut segala pengalaman ni. Kalau tak mesti kena tunggu kawan or gf/bf duk kat kawasan macam ni kan barulah leh merasa semua ni and ada experince naik lrt. (for those yang bukan berasal dr sinilah especially. Kepada sidia, sentence ni memang kurang asam kan? haha. Bukan nak berlagak tapi sengaja nak menyakat…joking!!). 

Image(5989)Y

bakso yang meatballnya besaw also di CM

Awak, hari ni awak pi sane. Waaahh seronoknya. Serius membuatkan saya rasa macam nak jerit dan kata CEMBURUNYA!!! NAK IKOT jugaa!!!! Sayangnya, saya disini dan hari ni mengambil kelas untuk driving lisence yang sangat penat + panas + jauhhhhhhh…. (penat-penat sempat jugak buat entry ni yek! haha senaman jari)

Sesuatu itu walau dulunya terasa teruk dan tidak menyenangkan tetapi apabila sudah lama berlalui ianya pasti menjadi sebuah kenangan yang cukup indah. Miss the  moment. Miss you zaman study. Kalaulah masa boleh berhenti dan berputar sesuka hati, ingin benar aku kembali. Doremon………. mesin pemutar masa please! Arghh Dongeng!! Dush..dush…!!! pukul kepala sendiri.

Assalamualaikum…

p/s: entry kali ni tak de input yang boleh dimanfaatkan sangat sebab lebih kepada luahan perasaan sendiri 🙂 Tapi pasal nasi ayam sedap kat CM tu betul! p lah cari kt CM kalau belum pernah cuba lagi.. tapi ingat mintak kicap pekat! baru betul-betul yummy..

Driving license?

Ituuulaaa……

Umur dah 24 baru gatal nak ambik! Rasa macam dah lewat dan menyesal. Macam dah tua sesangat je! Tulaaa dulu masa umur 22/23 tak nak ambik. Kalau tak mesti sekarang dah mahir. Self-bubleling/bebels haha! (padahal umur 22,23 dan 24 tu cuma beza 1 dan 2 tahun jew). Kalau tak mesti sekarang dah boleh drive-drive haha perasanss!!

capture-20121217-032932

Jam di screen sekarang dah menunjukkan pukul 3.29 pagi. 3 pagi waktu malaysia taw bukan waktu UK or Jepun. Tapi mata ni masih tak mau lelap lagi.. sedangkan esok pagi…. dah mula kelas! oh no.. waktu tidur sudah direbut dan harus berjuang mendengar ceramah? mampukah??

Walau mungkin akan mengantuk atau apa sekalipun esok, ianya harus dilalui jugak. Tak kiralah rasa malas bermaharajalela tahap mana sekalipun, hati rasa tak mau macam manapun, esok aku harus pergi jugak ambik lesen/start class driving lisence tu. Compulsory!

capture-20121217-032932

wah tak sangke, pandai aku buat doodle sendiri!

Actually, beberapa tahun yang lepas masa adik bawah aku ambil lesen sepatutnya aku pun pi ambil sama saing dengan dia. Tapi pada hari kejadian aku malas nak pi. Sebab hati ni memang rasa tak nak pi. Lebih kurang macam belum betol-betol bersedialah. Konon dulu ada prinsip nak ambil lesen guna duit sendiri (belagaks). Pulak tu kasut tak de. Mana boleh pi pakai sandle or slippers kan?? Lagipun time tu mana ada kereta kecik. Nanti da pandai then tak boleh practice kan ke mambazir. Arghh bila fikir balik macam tu semua cuma alasan then sekarang rasa menyesal! But if think in positive side, bukan sebab alasan tapi tuhan belum izinkan.. (oke ni harus admit!)

capture-20121217-032932w

Jadi bagaimanakah hari esok dan hari-hari seterusnya? opkos, kena bangun awal dan bersekang mata tak tidur! oh tuhan.. wish me luck. License, please be nice. Nasib baik ada adik sorang lagi yang lepas SPM nak ambil lesen. Adelah eden peneman. Kalau tak jadi kali ini takkan nak tunggu adik yang sorang lagi yang baru nak ambil UPSR tahun depan ambil lesen kowt! Kira jelah time tu umur aku dah berapa. No no no….

capture-20121217-031855amin….  story-story jugak, semoga bermanfaat! =)

Tunang nikah kahwin ragu-ragu itu normal!

sweet-love

Semasa sidia menyatakan hasrat untuk bertunang dan berumahtangga hati ni tentulah jadi sangat happy dan excited! Dalam setiap perhubungan memang inilah destinasi yang ingin dituju. Biasanya si perempuan yang akan berfikir kearah itu dulu. Tetapi bila si lelaki yang dah mula excited untuk semua hal-hal macam ni, sedikit rasa janggal mula muncul.

Masih aku ingat, ketika sidia menyatakan hasrat tersebut dengan bersungguh-sungguh wah saat tu macam waktu terhenti dan hanya ada kami berdua. Leka berbicara tentang hal tunang nikah kahwin sampai tak sedar yang kami dah pusing jalan yang sama mungkin lebih tiga kali. Otak masing-masing sedang sibuk berfikir dan membayangkan akan kehidupan baru yang ingin dituju itu.

Apabila hal ni terjadi, kita akan jadi sangat-sangat bahagia dan rasanya bagai nak semua orang tahu saat tu. Wahai dunia aku nak kahwin!! Puas mensearch pelamin, make up, baju pengantin, barang hantaran pendek cerita semua tentang hal tunang nikah kahwin! excitednya macam esok je nak kawen. Padahal ada beberapa bulan lagi. Entah jadi ke tidak kan?

Setelah memalui fasa itu, ada satu fasa yang akan membuatkan anda tak senang duduk. Gelisah tapi tak tahu apa penyebabnya. Tiba-tiba hati akan meragu. Betul ke keputusan aku ni? kenapa tiba-tiba jadi takut? Kenapa tiba-tiba terfikir banyak benda dan perkara yang masih belum bersedia dan, masih banyak impian dalam hidup yang belum dicapai? Betul ke aku nak jadi isteri, ibu dan menantu? Itu normal!

Ianya normal apabila anda sendiri meragu untuk hal yang selama ini anda tunggu dan mahu. Ianya normal apabila anda merasa perkahwinan hanya akan membuatkan anda hidup dalam satu kepompong dan tak sebebas dulu. Ianya normal apabila anda merasa curiga akan hati yang sudah selama ini menyinta. Ianya normal bila anda rasa anda harus berubah menjadi anda yang baru! Ianya normal!!!

Ingat tak kata-kata ni?

Syaitan menangis apabila seseorang manusia itu berkahwin kerana peluang untuk mengoda anak Adam semakin sedikit.

Jadi, dari mana datangnya perasaan ragu-ragu, gelisah dan runsing untuk benda baik itu? Ye, syaitan menghasut sebenarnya tu!

Dekatkan diri dengan tuhan dan lalui segalanya dengan berfikir Dia sedang merancang sesuatu yang baik buat kita pasti kita akan kembali tenang. Cari sahabat yang boleh anda minta nasihat. Ini pengalaman aku dan sahabat baik baik aku yang kini mungkin sudah bersiap sedia untuk bergelar ibu.

Sekadar perkongsian yang diambil dari sebuah blog:

Amalan untuk bakal pengantin:
1- Amalkan membaca surah al Waqiah setiap hari terutamanya untuk pengantin perempuan agar terselamat daripada gangguan manusia dan sebagainya.
2- Baca surah Yasin setiap kali lepas solat subuh.
3- Amalkan baca 3 Qul (al –Ikhlas, al-Falaq,an-Nas).
4- Zikir tasbih Fatimah (subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahuakhbar 33x) setiap malam.

*thanks http://haizan0406.blogspot.com

Semoga peroleh manfaat, insyaAllah : )

Video

Bedroom Sanctuary- pulanglah!

Wah!! untuk malam ni saja aku dah post dua entry hanya tentang Bedroom Sanctuary??? Bedroom Sanctuary yang pastinya ramai kenal menerusi lagu “LAGU” bukan? (tak macam skemalah pulak ayat aku ni huhu). Sebenarnya dan pada awalnya aku tak berapa nak kenal sangat kumpulan ni (kumpulan ke??) tapi aku kenal nama kumpulan ni lebih kurang 5 atau 6 bulan yang lepas masa sidia beri aku pinjam notebook dan dalam notebook dia tu ada lagu LAGU Badroom Sanctuary ni. Bila aku dengar lagu ni best, aku terus buat sebagai ringtone khas kalau sidia call aku. Bila dengar iklan rancangan yang artis-artis berbulan madu tu je cepat-cepat cari handphone. Nape? sebab lagu sama!haha nak jugak~

Bila lagu ni dapat masuk semifinal muzik-muzik 27 wah aku dengan excitednya sokong giler sokong lah. In fact persembahan diaorang (yang handsome rambut kembang dengan yang handsome kat sebelah tu) perfome best giler sempoi. Tak tau lah kenapa rasa cam sonok je tengok diaorang and ofcorse suara BO tu memang sedap.

Copy paste ayat entry sebelum ni : tak kira di you tube, onair radio, life show suara kamu memang sedap bro.. akustik korunk de best =). Malah aku rasa pujian melambung aku ni bukan sebab aku terpesona tengok si handsome-handsome dengan suara sedap ni perform tapi bila aku view youtube and baca komen-komen, depa pon rasa benda yang sama. Lebih-lebih lagi ada seorang hamba Allah ni komen camni:

“1. Bro lu bukan setakat ensem, tp pandai buat lagu (grup mmber lu pn sama ensem)2. You teach other contestants what musics are all about. ( not about some sexy dress and some random dancers).3. You enjoy your music with the audience which much better than showing off some vocal skills.All the best for the next stage. We enjoy ur music so much. The best performer that night for me. Cheers chef wan 5 days ago 12 

well, korunk memang best!!! ikhlas ni.. agree sangat-sangat pada pengomen nama chef wan tu.. (sory ye sy dah printscreen & paste komen kamu tanpa izin!!hehe)

Tapi tahukah anda ada lagi satu lagu yang best??  tajuknya pulanglah. Bila malam-malam, pasang hearfon dan hayati lelagi bila feeling tengah rindu rinduan mesti touching punyelah! dengar sampai habis dan mesti korunk akan rasa sedapnya suara BO AMIR IQRAM niii… kalaulah suara pakwe aku cam ni bestnyer……verangan!!

Inilah hasil yang aku dapat bila dah suka sangat puas aku dengar sume lagu dari bedroom sanctuary & subscribe bo akhirnya, korunk dengar la sendiri:

bagi yang pernah tengok nota cinta coffiemate mesti tau kannn???

taadaa Assalammualaikum!

Bila hati sudah berbicara…

Untuk kau yang aku rindu:

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

m.e.b.a

cinta bersatu/liyana jasmay

My convocation my pride!

Setelah seminggu berlalu hari ini barulah aku berkesempatan untuk berkongsi sedikit tentang salah satu hari yang bermakna dan bersejarah dalam hidup aku. Alhamdulillah setelah empat tahun, akhirnya 13 Oktober 2012 aku berjaya mendapatkan segulung ijazah (sekeping actually, sebab tak digulung pown!). Pastinya mak, nenek dan atuk adalah orang yang paling gembira dan bangga atas kejayaan aku ni ( tak lupa, my late father. Pasti dia pun akan tersenyum di atas sana). Kalau sebelum ni mereka hanya mendengar sahaja cerita bagaimana anak-anak orang lain naik ke atas pentas mengambil ijazah, tapi hari itu anak dan cucu mereka pula yang menerimanya. Sekalung kesyukuran buat Allah s.w.t

Semasa majlis konvokesyen, semua anggota keluarga aku hadir. Mak, atuk, nenek, adik beradik dan insan istimewa “my tembam” pun turut hadir. Malah, dia datang sekali dengan family sebab sehari sebelum gerak ke UPM kereta exora kami problem. 4 hari baru boleh keluar. Jadi separuh naik viva separuh lagi naik sidia : ). Pagi sabtu mereka dah sampai dan kami terus ke panggung percubaan untuk shoot gambar studio. Kami antara orang yang terawal sampai & time tu set pun tengah setting lagi dan turn kami ialah no 2! : )

Akhirnya kesampaianlah hajat aku nak bergambar studio full family + sidia! Lepas bergambar dengan photographer kami pun bersnap-snap sendiri guna background studio tu. Tak sabar rasanya nak tengok gambar studio aku sebab aku ambil pakej yang 4 pic,  gambar aku, aku&sidia, aku,mak,atok&nenek dan gambar full satu family+sidia! =). Sekarang aku masih menunggu gambar ni siap dan dipos ke rumah. Malah gambar atas pentas pun aku belum tengok lagi sebab petang tu hantar jubah terus bergerak ke Melaka jadi aku kirimkan kawan baik aku untuk tolong ambilkan & sekarang aku tengah tunggu dia poskan. (jeles tengok kawan-kawan lain dah uplode gambar masa atas pentas kat fb!!)

kiri hood yang aku setting sendiri time shoot studio pic, kanan hood yang sidia setting. Hood yang sidia setting kemas.. Hood yang aku setting cam hampeh!!

Masa konvo, adik-adik semua keluar. Mak dengan nenek masuk dewan. Atok & sidia pulak tunggu kat panggung percubaan sebab kat situ ada screen besar & boleh tengok apa yang berlaku kat dalam dewan besar. Sebelum berkumpul di khemah graduan, sidialah orang yang paling sibuk sekali uruskan aku. Dengan peniti kat mulut, tangan sibuk menyetting hood dan mortar board jubah aku. Dengan time tu hujan rintik-rintik. Kalaulah time tu dapat snap gambar memang bestlah sebab bagi aku time tulah best moment ever kitaorg!! thanks sayang!

ni 70ktober12 masa konvokesyen sidia. Alhamdulillah dapat serahkan sendiri bunga ni pada dia.

Bercakap tentang pemulangan jubah, disebabkan masa konvo sidia, dia ajak aku teman pulang jubah dia jadi masa konvo aku ni mestilah/wajib dia teman aku pulangkan jubah aku pula. Masa tu memang sangat rushing sebab kaunter cuma buka sampai pukul 7 tapi kaunter pemulangan tu rupanya tak sama dengan kaunter pengambilan. Kaunter pemulangan tersorok sikit & dihalang dengan  tempat orang buat studio shoot. Menjajau cari! Masa tu jumpa juga lah beberapa orang yang sama tercari-cari. Akhirnya tepat pukul 7 jubah berjaya dipulangkan, transkrip diambil, ijazah sebenar diperolehi..

3.56,second class upper

Maghrib tu kami terus bertolak ke Melaka sebab nak terus balik driver-driver dah penat. Adik nak ajak pergi tengok safari. Cari-cari hotel akhirnya kami stay kat D’village resort. Malam tu semua dah letih. Pas mandi bersiap-siap pergi cari makan sebab cafe dah tutup sebab dah lewat. Nah kau, bernetbook, bertab, bernote & berdigital camera lah di kedai untuk mentransferkan semua gambar bagai. Malam tu jugak sempat menguplode gambar ke fb. Gambar yang memang banyak tak sempat nak pilih-pilih pun. Main uplode je sampai terlelap-lelap! letih sangat-sangat!

Esok paginya kami pergi zoo melaka. Wah, dulu masa kecik-kecik je pi zoo melaka tu. Dan kali terakhir pi zoo adalah 4 tahun lepas masa tu masa baru-baru couple dengan sidia. Sekarang pergi zoo dengan family ditemani sidia sekali memanglah bestkan!! 🙂

kuda pengsan ni memang comel!

Masa perjalanan balik kami berpecah. Mak, nenek dan abang ke JB & Kluang untuk hantar adik-adik. Manakala aku, atok, adik paling kecik dan sidia gerak balik ke rumah. Masa perjalanan balik tu hujan selebat-lebat alam. Siap nampak ada kereta excident dan dihempap pokok lagi. Nauzubillah. Sampai je rumah hujan memang sangat lebat dan lepas tu aku teman sidia ambil kereta, dan kalau nak cerita macam-macam benda kami nampak! dengan moto mat endon yang nyaris excident depan mata kami sebab jalan licin,lembu tetibe melintas dalam kesesakan lalu lintas hai macam-macamlah. Lawak pun ade!

Kalau orang lain boleh feeling lebih-lebih dengan bunga yang mereka dapat, bergambar puas-puas dengan jubah selepas konvo, aku pulak kena bersiap-siap untuk kembali bertugas sebagai guru. Alhamdulillah rezeki nak dekat konvo hari tu dapat guru ganti. Dah seminggu aku bercuti jadi habis konvo terus kena sambung kerja. Apepun pasal bunga memang terharu giler sebab mak,atok, nenek & sidia masing-masing bagi bunga kat aku sorang 1. Hoho lenguh gaklah aku memegangnya!! thnks semua 🙂

bunga dari sidia, nenek, mak & atok.

Alhamdulillah rezeki konvo, bakal  bapak mertua pun kasi hadiah taw!hehe

Hadiah dari future father in law.. (mekasih ayah!) hehe

Dikesempatan ini juga aku  nak ucap thanks banyak-banyak buat kakak-kakak exrumate yang dah kirim hadiah yang sangat bermakna (kak chicky), belanja makan & wayang (kak setem)!, terima kasih family, rakan-rakan, family in law especially ayah,mak & kak bey.. tak lupa buat penaja biasiswaku (kpm)

terima kasih kalian.

alhamdulillah,aku dah merdeka!!!

Belum tuntut sijil STPM ory??

Bagi sesiapa yang pernah menduduki peperiksaan STPM dan masih belum mengambilnya/tuntut di sekolah anda dulu dalam tempoh masa lebih 12bulan, sijil asli anda telah pun di hantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia yang beralamat:

Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves, Selangor

Tel: 03-61369663
Faks: 03-61361488
E-mel: ppa@mpm.edu.my

Jadi sekiranya anda ingin menuntutnya anda boleh pergi terus ke MPM di alamat seperti yang tertera di atas atau membuatnya secara pos! Ye boleh secara pos. Ianya akan diproses dalam tempoh 5 hari. Cepat atau lambat sampai adalah bergantung kepada pejabat pos yang hantar. Kalau ada sebarang masalah boleh  hubungi pihak ini di nombor telefon yang tertera di atas. Minta sambungkan kepada “tuntutan sijil STPM”.

Bagaimana nak tuntut secara pos?

Mudah saja. Pergi ke laman web portal rasmi MPM : http://www.mpm.edu.my/

akan keluar gambar ini:

selepas itu click pautan SIJIL. click lg sekali sehingga jumpa page ini : http://www.mpm.edu.my/web/guest/sijil-stpm

Baca keterangan yang dipaparkan. Lihat nombor 2. Dah faham click dan download BORANG TUNTUTAN SIJIL STPM. Seterusnya ikuti arahan yang ditetapkan. Fahami apa maklumat yang diperlukan dan dihantar. (maklumat lanjut ada tertera pada borang tuntutan)

Ingat, kalau guna pos bayar RM50 dengan menggunakan Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia. Wang tunai hanya diterima sekiranya dibayar di kaunter Majlis Peperiksaan Malaysia sebelum jam 3.00 petang!

Sekadar ingin berkongsi maklumat. Selamat mencuba!