Hotel ni memang owesome!!! Memang elegent memang selesa dan buat kita rasa berada di 1 dunia lain. Dari pintu masuk, lobi, lift hingga ke bilik semua cantik! Tema lain2 setiap bilik & floor. Percutian santai memang nak rehat2 dan JJCM berbaloi2. Dekorasi tersangat2 cantik, servis dan kemudahan yang mcm2 ada. 24hrs gym, kemudahan laundry layan diri (yang ni 1st time aku jumpa), petang2 dpt maruku & air service ke bilik, terbaiklah!! Harga pun berpatutan. Yang nak honeymoon takmo kuo bilik tu wajib pi sini. Takyah la pi Bali ke mana… Berehat la disini! Bfast pula ada 2 pilihan. Boleh ke Myth Cafe kalau keluar lift belah kiri atau Oldtown White Coffee Grand sebelah kanan hotel yang juga dalam bangunan yang sama.

Macam mana aku boleh jumpa hotel owesome ni?

Guna booking.com . Apps ni mudah je! Kali pertama aku guna masa stay mengejut lepas pi Zoo Taiping Night Safari masa tu. Sebelum2 ni aku cuma tengok je tak berani nak try. Bagi aku booking ni best sikit sebab ada banyak gambar so senang nak tau best tak then nak tau betol2 best ke tak tgk rate. Kalau 8 above tu for sure hotel tu recomended la. Kalau 6 lebih tu ala-ala jek.

So masa duk sibuk2 kat KLIA2 hantar mak abah pi umrah tu time tulah tengok2 kat booking hotel mana yang ok untuk stay 2 malam di Ipoh.  Dalam banyak2 hotel ni menarik hati sebab decorationya tu. Tengok kat booking tinggal yang single bed. Tengok web hotel tu  http://www.mboutiquehotels.com/ ada lagi bilik untuk queen size so encik suami kata try call dan alhamdulillah dapat! 2 malam RM500 siap bfast. So ok sangat la tu.

Nah untuk cek availabilty ke konsep hotel ni tekan link ni :

 http://ipoh.mboutiquehotels.com/

atau baca blog saudara ni :

Blog Abah Careno : M. Boutique Ipoh

atau cawangan 1 lagi di

Blog Abah Careno: M. Boutique Stesen 18

Gambar-gambar tersebut tak tipu! Memang cantik tempat ni.

Jadi aku tak perlu la attach gambar2 aku. Korang boleh tengok kat ig gak guna #mboutiqueipoh comfirm korang akan tak sabar2 nak pergi sebab semua gambar cantik2 belaka!

Aktiviti JJCM Ipoh kami pi try Mi Kari & Mi Kicap (tak sedap).. lepas tu Gerbang Malam (kali kedua pi) diikuti Mi Udang Sempoiii Diraja (terbaikkk layanan pun bagus!), Nasi Lemak Ayam Kampung (giler ramai org) , tgok wayang di Eon Kinta dan shopping2  Kaison di Eon Manjung. Sonokkkk sgt2! Alhamdulillah

Selamat mencuba!

Advertisements