CYMERA_20140702_224607

 

Setelah lebih kurang enam  bulan berkahwin akhirnya aku pregnant juga. Kalau dulu mentaliti aku kalau orang kawin je mesti terus dapat anak. Kiranya macam benda tu mudahla. Kalau yang memang xde sampai bertahun-tahun tu tak ramai. Just kes2 terpencil. So benda-benda macam ni tak  perlu risau. Lebih-lebih lagi masa tu aku fikir nak hidup berdua dulu tak nak cepat2.

Tetapi hakikatnya berbeza. Naluri nak jadi ibu dan ada anak sendiri rupanya datang dengan sendirinya. Lebih- lebih lagi bila belah suami ada ramai anak saudara. Kami pulak suka dengan baju aksesori budak2, kawan2 yg kawin seminggu or 2 minggu awal dah pregnant, kawan kerja yang sebulan selepas aku kawin pun dah pregnant! Wah ini tak boleh jadi.. paling tertekan bila kawan2 sekerja asyik syak aku ni da mabuk je tiap kali penat ke ape. Padahal masa tu aku mengantok je.

Bila tengok ibu2 muda mengandung macam cute je memboyot. Teringin jugak nak macam tu. Ingat lagi bulan pertama rasa sedih bila datang period. Bulan kedua lagi la sedih. Bulan ketiga suami begitu rasional. Aku plak yg macam memaksa dan pelik kenapa masih x pregnant??? Bulan ketiga ni kemuncak la lebih2 lagi bila semua simptom pregnant ada tapi mesti period!

Sampai bulan kelima period lewat seminggu. Wah macam ada chan ni. Tapi takmo berharap lebih sebab takut kecewa. Beli benda alah uji kehamilan tu dah x payah cakaplah. Aku naik segan dan kadang2 suruh suami yang pi beli. Bayangkan tiap bulan membazir gitu je. Daripada yang murah harga RM8 sampai yg mahal yang boleh test 4 hari lebih awal dari tarikh period. Nak jadikan cerita aku ada kursus time tu. Sepanjang program memang menungggu-nunggu. Siap bawak bahan ujikaji tu tapi kecewa sbb hari last period! Bayangkan dah lewat seminggu. Sepanjang seminggu tu kt program tu bolehkan hari last tu period. Hampa betol. Senggugut pulak tu. Padahal masa tu suami da start muntah. Sampah dalam keta pun bole muntah. Padahal sampah dalam kereta je ape la sangat. Lainlah sampah kt tong sampahkan.. tapi nak buat macam mana memang belum rezeki lagi.

Bila episod yang sama berulang dan sampai satu tahap aku rasa nk je pi jumpa doktor.  Aku mintak pendapat la cek ke ape mane la tau ada ape2 kenapa tak lekat2. Usaha da. Kenapa ye kenape22??? Hehe.  Tapi kawan2 nasihatkan tak payah. Diaorang kata terlalu awal. 6 bulan masih awal. Kebetulan aku ada orang sekeliling yang sangat membantu. Ada akak-akak senior yang hadapi benda sama. So masing2 bg pendapat . Jadi aku pun cubalah. Tapi tak dinafikan en google la banyak membantu. Aku kerap baca blog ke apa2 kt google dr doa nak hamil, tanda awal kehamilan sampai keguguran or ape2 la. Banyak blog2 yang sangat berinformasi.

Tuhan maha mendengar.

Mungkin dia tahu bila kita betul2 bersungguh dan bersedia. Now im pregnant! Alhamdulillah. Syukur Allah.

 

Tips untuk pregnant ( hasil nasihat akak2 senior/senasib , pembacaan diblog dan utube! )

1. Makan asid folik

2. Berurut

3. Tahu waktu subur yang sebetulnya (kalau tak pasti dengan pengiraan sendiri boleh beli evolution kids kat watson) masa subur tu berusaha lebih hehe

4. Jangan stress..

5. Banyak berdoa.. sila google doa untuk hamil ada banyak sangat.

6. Makan tauge

Tapi aku makan asid folik tu agak lambat. Berurut pun lambat tu pun urut biasa2 aje. Jangan buat kesilapan yang sama ye gaisss!

Oke ni sebenarnya entry yang dah membeku dalam drafts blog ni hampir ….. (tau pregnant jun 2014 now aku publish Feb 2016! Korang kira sendiri haha) sedihnya kegembiraan ini hanya dipinjamkan sementara apabila masuk weeks 6 aku ectopic dan baby “adam” pun dipulangkan kembali pada-Nya :”(

Kisah ectopic ni akan aku tintakan disini nanti insyaAllah.

Jap nak sambung sikit,

Reaksi suami bila tahu aku pregnant?

Alkisahnya masa tu cuti sekolah nak dekat2 dengan ramadhan. Aku turun Kl. Masa tu en suami dah menyewa rumah double story kt Semenyih Parkland. Rumah 2 tingkat ni memang malas beno nak tidur kat atas jadi lebih banyak tidur kat bawah kat ruang tamu sebab en suami suka tgok tv. Memang da beli test clear blue tu tapi sayang nak guna sebab mahalkan. So pukul ntah berapa pagi aku tersedar nak kencing hati ni duk kata “testlaaa…. testlaaaa” tapi aku tahan jeee sebab rasanya masa tu awal lagi. Ntah tak tahan sgt nak mencuba aku pun try la guna. En suami tak sedar ape dah. Bila da test sementara tunggu result tu aku nevessss gler tapi terkejut sgt bila test tu tunjukkan result mcm gambar kat atasss!!! Terus kejut en suami tapi bole dia sambung tdo balik??? Grrrammm jek! Tapi esoknya tak ingat dia amik halfday ke cuti bawak aku pi klinik dan dia rasa happy sgt2! Alhamdulillah. Bila dia mula usap2 perot aku macam cakap dengan baby waaa happy tersangat2 time tu tapi tulahkan takde rezeki kami. Sampai sekarang tak lekat lagi. Semoga tahun ni ada la rezeki buat kami ya Allah. Aminnnn

Assalamualaikum.

Advertisements