1621788_796849243665739_1797401869_n

Flora Cafe.. aku tahu tentang cafe ni daripada seorang kawan yang tak sengaja berkenalan sebab tunggu bas yang sama alih2 rupanya kami duduk sebelah menyebelah. Rakan yang sangat peramah sehinggakan kali pertama berjumpa berborak macam dah lama sangat kenal. Jadi ceritanya aku dapat tahu tentang cafe ni sebelum aku kawen lagi dan tak sabar-sabar dah nak pergi dengan sidia tapi terpaksa dihold dulu sebab nak pi selepas kawen.. Barulah boleh posing2 romantikkan?

Cafe ni memang cantik dan dipenuhi bunga-bunga yang maha merimbun then makananya sedap! Jadi aku decided nak pergi sini masa birthday suami aku. Surprisela kononnya. Tapi disebabkan tempat ni kami tak familiar dan first time pergi jadi siang-siang lagi dah pi survey tempat then makan kat secret recipe tepi cafe ni. Sebelum tu puas la meround bandar KL dlu. Sempat beli baju untuk aku pakai malam tu jugak aihh sanggup salin semata-mata nak makan ka tempat cantik ni.

1000968_796849520332378_525713422_n

Sorry disebbkan aku pi ni setahun yang lalu jadi aku dah lupa pukul berapa aku bercandle light dinner ni. Untuk pengetahuan, aku da boking siap-siap lebih kurang sebulan sebelum dan seminggu sebelum aku comfirmkan balik tarikh dan masa. Menu pulak aku pilih on de spot time daa sampai. Kat sini ada western food dan menu biasa. Time ni aku pilih asam pedas sebab kawan aku cakap sedap dan ternyata memang sedapppp! Harga pulak untuk 2 orang dan setting meja dengan kek RM100. Kalau sekarang ni tak tahulah pulak berapa. Boleh cari di fb untuk booking, harga, menu sume.

Persis macam kawan aku tu cakap, owner dia memang ramah dan baik betol. So korang jangan segan silu nak tanya pape. Kat sini boleh jugak buat majlis untuk bday, bertunang, kawen etc.. ada 2 space 1 kat dalam yang macam aku makan ni (each part cantik dunt worry) dengan 1 lagi kat luar (but still dalam bangunan ni lah sebab kedai ni macam dalam mall yang tak ramai orang sangat). Masa korang da duduk nanti ada org amek gambar dan gmbar korang tu akan di uplode kt page fb Flora Cafe siap caption hehe. Gambar diaa  cantik so korang dah tak payah risau kalau gambar dari hp korang tak cantik ke ape..

Juga entry yang berlapur membeku. Feb 2016 baru dapatku publish. Hari kejadian Feb 2014!!! 2 tahun yang lepas he2.. Nampak tak setahun lepas kejadian baru sempat nak menaip tapi  2 tahun kemudian barulah dipublish. 😀

Advertisements