Image

Setelah enam bulan sah menjadi isteri kepada sidia yang telah tertulis di luth mahfuz dan nyata pemilik sebenar si rusuk kiri maka masa menjadi sangat sangat cemburu. Sekejap je dah enam bulan berlalu. Enam bulan jugak blog ni takde jari jemari yang mencatat nota-nota hidup yang mahu dikongsi. Bukannya tiada story  tapi terlalu banyak benda lain yang lebih perlu diprioriti. Berblog ni bukan buat apepun hanya kerana minat dengan syarat ada masa free dan ada cerita yang berlegar-legar dikepala minta diluahkan melalui tinta keybord. Kadang-kadang malu jugak orang baca dan tekejut sesangat bila ada yang sudi komen. Sebenarnya buat blog ni untuk bacaan sidia je ..  asalnyalaa =_=

Macam yang aku katakan tadi, sebenarnya bila dah kawen ade banyak sangat cerita yang nak dikongsi. Daripada masa nikah. lepas nikah, bersanding, shoot pic outdoor, prehoneymoon, berjauhan, kereta, rumah.. banyak benda la. Disebabkan banyak sangat jadi kena la cerita sikit-sikit ye dak? Oke nak cerita masa akad nikah!

#Akad nikah time/real story

Asalnya kami nak nikah hari Jumaat. Si suami la yang beria nak sangat hari jumaat. Yela penghulu segala hari kan.. nak amek berkat. Masa bertunang pun si wakil pihak lelaki dah mention pasal hari ni. Aku tak kesah pun.. time tu cuti sekolah. Cuma aku kalau boleh nak majlis dalam 1 hari je. Jadi tak payah nak byk pk pasal jamuan…tempat…masa.. bla2.. kebetulan majlis bersanding kat dewan. Nikah memang plan nak buat kt masjid dah tu jamuan ke berkumpul mesti kat rumah.. Tapi aku oke aje. Lagipun nikahkan family2 aje. Tup2 buat pagi sabtu. Lagipun jumaat tu dia baru gerak balik. Yela keje kan. Nak singgah rumah atok dia lagi. Takkan nak rushing dari KL balik malam tu nak terus nikah? Oke lega nikah pagi sabtu yang mana tengaharinya bersanding sebelah perempuan. (aku kalau boleh nak belah lelaki pun sekali je dgn belah perempuan hehe senang!)

Hantaran masa tu siap petang sebelum nikah. Naik stress aku bila lori coklat tu bergerak-gerak. Hantaran coklat belum siap sebab tunggu coklat Famous Amous encik tunang bawak dari KL. Dahlah penat tolong bt goodies yang mashaAllah banyak & penatnyaaa.. argh kalau tau duk diam diam je berangan dalam bilik. Tapi tulah aku tak puas ati kalau aku tak buat sekali. Citarasa orang dgn kita tak sama. Yang penting aku dah berjaya bt hantaran aku sendiri. Sorang-sorang taw! Dulu tunang beli da siap tapi time nikah mengada nak buat sendiri. Jimaaat!

Malam tu tidur lewat. Bila majlis di dewan rupanya leceh. Rumah sibuk buat goodies. Kena lari-lari pi dewan tengok pelamin. Mana yang kawan mak datang dari Singapore la..ada barang goodies yang baru nak pi ambillah.. macam-macamla. Malam tu balik tengok pelamin dengan pengapit stanby untuk buat inai hema. Aku memang tak suka inai hema conteng-conteng tu. Macm serabut. Masa buat cantiklah nanti dah nak hilang dah macam orang cacat padahal tangan cantik mulus tetibe ada benda bercorak pudar-pudar gitu. So aku memang cuma nak pakai inai kat kuku. Inai normal macam orang dulu2 pakai sebagai tanda kawen. 

Tapi lama-lama macam cantik jugak inai hema ni. So aku decided nak buat yang simple jek! Sesimple yang boleh. Jadi mula la mengoogle design. tengok kat tb ada 1 episod walimatulurus tu pengantin tu buat simple jugak  so aku pun decided nak buat macam tu. Bab inai ni adik ipar nak taja. Dia bawak kawan poli dia tolong buatkan. Asalnya yang kuku pakai inai biasa yang inai hema untuk design. Tup-tup  dia inaikan guna inai hema jugak. Takpelah layan… time tu da lewat malam la jugak. Adik ni memang teliti. Diaorg balik dalam kul 1 pagi lebih gak la. Pastu aku tdo dalam kul 3 pagi. Kul 5.30 pagi dah bangun!

Biasanya pengantin siap lambat. Ni tidak. Pengantin siap dulu baru orang lain. Pagi tu siap mandi semua mak andam pun datang. Tak lama pengapit datang. Family belah arwah abah pun datang. Tak ingat plak tepatnya pukul berapa lebih kurang pukul 9 lebih kami gerak ke masjid.

*perasaan bila tiba masjid untuk akad nikah*

Ok time ni ha neves ke happy ke sedey ke excted ke aku dah lupa. Yang pasti aku rasa tenang-tenang aje kot. Turun je kereta dalam masjid da ada orang. Means bakal pengantin lelaki , keluarga dan tok imam. Masa masuk masjid tu aku masuk paling last. Time ni cuma 1 perkara je yang paling aku ingat “nak duduk kat mane???” . Haa peninggg arr… kena duduk atas bantal pengantin sebelah pengantin lelaki ke? Ke nanti dulu? Ok time ni memang blur. Yela mane ade pengalaman kawen sebelum ni hehe. Tengok orang nikah pun da lupa la diorg duk mane. Aku berdiri dulu. Pastu tok imam macam bagi hint suruh duduk. Ok aku park je kat situ kat tempat aku berdiri. Nak duduk camne yee?? Hmmm..

Tak lama acara akad nikah. Sebelum tu tok kadi dan saksi2 datang depan aku. Tanya persetujuan dan ada sign2 kat sijil kawen pink. Banyak jugak ek kena sign. Sebelum tu masa masuk masjid aku tak lepaskan peluang untuk tengok sidia. Wah berseri-seri. Lain benar daripada yang biasa. Dia nampak tenang je. Lepas da sign2 sume tok kadi pun duduk semula depan pengantin lelaki yang da bersiap tuk akad nikah. 

Masa dah stanby nak akad nikah time tulah baru aku teringat nak rakam moment tu. Adoi acane leh terlupa ni? So cuma snap pic je. Alahai… apepun aku ingat betul lafaznya lancar tenang and perfect! Walaupun risau sangat sebab time tu dia sakit tekak & takde suara. Alhamdulillah time akad nikah ade suara. Lafaznya kuat, jelas dan tenang. Dengan sekali lafaz sah dah sebagai suami isteri. Wah macam tak percaya. Mudahnya! Alhamdulillah… Dulu kalau tengok orang nikah rasa mcam benda ni payah no je. Rupanya simple je. Pas akad tu oke dah jadi suami isteri dah. Dah halal dah. Lepas akad nikah suami solat sunat. Aku kena gerak sebab kena duduk kat atas bantal pengantin yang sebelah pengantin lelaki duduk tadi. Pastu biasa la salam. Cium dahi. Pakai gelang,  baca lafaz taklik sume. Lepas tu bersalam-salaman. Ada ucapan sume.. Untuk pengetahuan, tok kadi tu bapak mertuakuuu hehe. 

Habis acara tu tetamu yang kebanyakkannya family sebelah arwah abah (terima kasih dah datang.. ramai sangat datang) makan jamuan sikit kat tepi masjid. Si pengantins mestilah bershoot. Masa sebelum shoot tu macam dah lupa yang dah jadi suami isteri. Siap ade orang pesan lagi “pegang tangan suaminya tuuuu…jangan tingal… da jadi suami istei dah…” aha ek.. lupa plak haha! Siap shoot kami bergegas ke dewan. Mak, atok dengan nenek mestilah sume da ke dewan sebab majlis hari same kan. Kat dewan ada marhaban. Sampai je kena la naik pentas dewan. Adoi semut gak kaki.  Teringat pesanan mak andam balik cepat untuk make up bersanding. Ok kami pun gerak. Terima kasihlah buat pengapitku yang sudi angkut kami balik umah. Time ni suami balik uma dia aku balik umah aku. Dalam kereta pegang tangan sambil cakap… ***ok maaf dah lupa dah cakap ape hu2***.. yg penting macam ayat2 isteri saya..suami awak.. eh da kawin dah kita.. love u.. u too gitu la.. ❤

 

Jadi tips untuk akad nikah:

1) Malam tu tido awal. Walaupun biasalah ade macam-macam kena buat dan mungkin keexcitedtannn membuatkan tak boleh nak tido awal. Feeling2 gitu esok tido ada orang teman…upsss! Alaaa malam tu je tdo kat bawah atas karpet sebab katil da penuh barang hantaran dan cadar pengantin.

2) Pastikan baju dah gosok. Semua perhiasan dah siap. Pagi nanti tinggal bersiap-siap. Stoken kena ingat letak mane. Stanby barang nak pakai esok awal-awal.

3) Mandi or amek air sembahyang jangan ganas sangat nanti inai luntur. Jangan careless sabun terutamanya cepat melunturkan inai lelebih lagi yang pakai inai hema. Yang inai daun no worriesla.

4) Releks .. tenang.. banyak baca selawat… make sure tau nak duduk mane time nikah nanti so xde la macam aku pening nak duk mane hehe

5) Senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmm.. insyaAllah everithing shld be ok!

6) Bunga tangan jangan lupa bawak! Tisu.. time ni la gunanya pengapit hehe pesan awal-awal pengapit suro betulkan baju ke kain kita time duduk nanti.

7) Bila tok kadi minta persetujuan angguk je. Senyum.. kalau dia minta sebut “ya saya setuju” ha ckapla.. jangan angguk-angguk sajee hehe

Oke cukup setakat ni. Nantikan part seterusnyaaa ya!

 

Advertisements