Eleven, 9,8, seven…. 6, 5, 4, 3, two, 1 !

***ting***

Waaaa ini counting yang dah dihujung tanduk namanya. Kalau sebulan rase sekejap je lagikan ni tinggal seminggu lebih 4 hari je lagi. Dari 10 bulan ke 3 bulan. Dah 3 bulan alih-alih dah tinggal sebulan. Bila sebulan tup-tup dah tinggal 2 minggu. Ni tinggal 11 hari. Cepatnya masa berlalukan… (mendongak dagu dengan kedua-dua belah tangan sambil tersenyum.. ngeee)

Pernah aku berangan nak beli diary khas untuk tulis apa je yang aku buat menjelang perkahwinan ni. Contoh lagi 3 bulan ape je aku buat. Macam mane urusan di pejabat kadi bagai. Then dah tinggal sebulan or 10 hari apa je aku rasa dan bila da sah jadi isteri nanti nak tulislah apa-apa benda best biar nanti dah lama-lama kawin boleh sengeh-sengeh sendiri bila baca balik detik-detik indah. Hasilnya yang hado. Dah tinggal 11 hari rupe diary pun tak dok.

Sebenarnya hari tu dah pegang dah diary yang berkunci. Gambo London mari. Feeling-feeling one day leh gi oversee la ni. Walaupun hargaya cuma RM8+ tapi ntah banyak kali aku belek pun tak jadi aku amek. Macam membazir je. Kalau orang lain buka dan baca macam malu je. Baik aku beli sarung bantal dapat 3 kalau tambah lagi RM2. Haha. Fikiran emak-emak pulak. Yela nak kawen ni banyak benda kena beli kot. Kalau tak mesti duit dah abis dibuat jalan-jalankan…kan..

Sini ada beberapa cerita yang akan aku cerita secara rencam. Tak ikut susunan. Harap paham. ;P

Cerita pasal interview kat pejabat kadi:

Lepas uruskan borang-borang aku kena masuk dalam. Cari ustazah untuk diinterviewlah. Soalannya (1) mengucap 2 kalimah syahadah dan maksudnya (2) al-fatihah (3) doa qunut (4) rukun nikah (5) 3 tanggungjawab isteri (6) apa itu mandi wiladah dan nifas juga bila kena mandi.

Untuk bakal pengantin sekalian, yang (1) – (5) tu macam soalan bocor la. Wajib be prepared. Sebab aku dengar calon-calon lain yang di iv kat kaunter pun ditanya benda sama. Yang bezanya bab toharoh tu je. Nasib la kita dapat interviewer yang mana. Mostly depa ok je. Kalau ada yang terlupa pun dia akan beritahu macam secara tak langsung dia ingatkan balik la. Mereka ni lebih pada nak refresh pengetahuan kita je dan pada masa sama nak beri nasihat or bimbingan untuk jadi isteri/suami yang baik, bukan macam iv cari kerja yang kalau tak dapat jawab abislaaaaaaaaaaa…hehe.

Pasal urusan borang ni banyak kali la jugak turun naik sebab original sijil nikah dan mati hilangkan. So kena la buat cabutan di JPN. Kalau pi JPN tau jelah ramainya macam mana. Dari di bangunan lama ke bangunan baru situasi sama je dan aku pun pelik kenapalah spacenya tak dibesarkan dan kaunter/ pegawainya diperbanyakkan. Bertahun-tahun kot situasi sama. Aku sempat terfikir tak stress ke pekerjanya hari-hari orang ramai gitu dengan macam-macam bau dan kerenah. Crowded satu hal, yang budak nangisla, yang orang tanye itu inilah. Pening-pening. Mohon mereka yang berkaitan perbesarkanlah dan perbanyakkan kaunter. Sebab aku yakin kalau sebut je nak pi tempat tu mesti ayat pertama keluar “lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… ramai orang!”

Adoi macam dah lari topik pulak. Oke dah settle borang suma dah sampai dapat borang pink kira settle dah tu dah boleh kasi kat tok khadi. Masa pi umah tok kadi a.k.a bapak mertuaku hehe suasana dah ada macam feeling orang nak wat kendurilah bila adik beradik sidia da mula tampal-tampal reben kat bekas kaca. Hias bilik pengantin dengan langsir baru. Meriah. Aku???? haha releks abis kot. Mula-mula dulu cat bilik (masa cuti sekolah 5 hari awal muharam). Semalam tukar kertas dinding. Siap kemas aku menjait manik kat baju nikah. Jahit manik dah pukul bape sampai mata betol-betol dah tak boleh nak bukak pastu tertidur. Tido sebelah baju nikah! Nasib baik aku tido statik. Dengan manik penuh kat katil, jarum ntah ke mana mujur la tak tercucuk! Memang macam drama tido dengan baju nikah kat sebelah. Tak boleh belah. Bangun tidur sambung jahit sampai siap. Try dan berangan-berangan sekejap. Aishhh 11 hari je lagi weh.. lau orang lain dah buat itu ini dah. Aku sempoi gler kot!

Ohye alang-alang dah tercakap pasal baju nikah ni aku nak cite sikitla pasal baju kawen aku. Baju nikah dan sanding belah lelaki dah ambil. Baju nikah yang aku bayangkan indah bebeno hasilnya biasa je. Even worst then what i’m aspect kot. Dahle mahai. Tanganya agak besar dan tak kemas la. Warna pun tak putih betol. Emm tapi okla sebab dah macam ala-ala baju sanding pulak. Baju merah pulak baju yang aku paling risau sebab tempah kat kedai cina jahit baju biasa dan aku pun just buat kebaya labuh bukannya dress tapi hasilnya jauh dan terlebih baik. Jahitan kemas dan cantik dibadan! Sampai rasa nak tempah baju nikah buat kebaya jugak je  kat situ hehe. So tinggal baju sanding belah pompuan jela ambil 7hb ni.

Masa ambik baju ni bukan pergi berdua je. Asalnya bertiga dengan adik sidia. Tup-tup keta penuh! Mak dan niece dia pun ade. Nah kau, dahlah banyak tempat nk pi ni. Banyak benda nak beli. Baru je feeling-feeling nak makan sate kat JB tapi nak buat macam ne.. apepun yang paling best bila shopping barang kegunaan harian kelak sama-sama. Ehehe memang lain beno rasenye. Kalau dulu beli barang macam shampoo ke tuala tuk guna sendiri tapi ni beli untuk guna sama-sama. Dushhh terus rasa macam aihh macam tak percaya jeeeeeeeee… best sangat!

Pasal hantaran satu hapah aku tak buat lagi. Mak aku sibuk suruh beli da siap je. Masalahnya aku tak berkenan. Taste aku kan nak ala-ala pastel simpel gtu. Kebanyakan kat kedai ni pattern lama la bagi aku then klise. Aku suka simple tapi elegent! Hikhik sidia pulak akan guna fresh flower. Emmmm macam ne ye nanti hantaran aku ni. Pi kedai macam nak beli dulang baru. Pk balik membazirnya sebab asalnya nak guna dulang time bertunang tu je. Patutnya dah start buat ni adehh~

Mak aku pulak busy bebeno. Baru balek dari Korea ni pi Penang plak. Dan dan aku nak kawen adik dapat interview kerja la, nanti 10hb mak aku pi hantar adik sorang lagi pulak untuk iv MRSM la… Haishhhh mengapakah? Then pasal bilik masa baru-baru cat waaa tanteknyeee!!! (walaupun warna sebenar yang aku nak lain dari yang aku beli ni ) ni dah tinggal bape hari aihh macam nyesal pulak tukar warna ni. Baik pink je macam dulu tak pun pink lembut sikit. Emmm… mula rasa macam nak mengecat balek. Then wallpaper dinding plak mang takde putih  or jalur biru yang macam aku nak yang ade pink je. Masa mula lekat cantik. Ni hari ni aku tengok cam kusam plak. Hadoilaaa.. tak maching dengan tema plak tu karpet pun da lari kaler apekes? Ishk ishk ishkkkk

adik aku cakap “aku tak pernah nampak bilik pengantin simple mcm ni. Selalu ade kain (tirai banyak-banyak)”

(aku jawab) “aku modern style.. xmooo la yang patern lame tirai banyak-banyak tu..tak lawooo”

tapi yang adoooo..

Oke bye!

Assalamualaikum 😀

Advertisements