199002877255301123_JCRvb7fA_c

Petang tu aku keluar dengan kawan lama yang dah 5 tahun rasanya tak jumpa. Masa tengah corat coret kat pasir “hari ni bape hari bulan ek??” 20 November.. 20 November????? Oh kenapa lupa hari ni anniversary ke-5 aku dengan sidia lah. Dalam banyak-banyak anniversary sebenarnya anniversary ni yang super special sebab anniversary kami ‘berkawan istimewa’ yang terakhir sebelum kami diijab qabulkan… Mungkin lupa sebab since anniversary yang ke-4 aku dah decided tu kali terakhir kami sambut anniversary sebabnya kami nak bertunang. Bila dah bertunang, setiap 20hb dah macam takde special wishes ke apelah macam sebelum-sebelum ni. Satu lagi sebab bukan hari sekolah. Kalau hari sekolah opkos tarikhlah benda pertama yang kena tahu dan ingat!

Back to real story,

Masa aku menaip entry ni bukan 20 November dah.. tapi 23hb. Bukan anniversary yang ke-5thn 3hari tapi lagi 20 hari aku nak jadi isteri orang! Wakakaaaaaaa… ini mimpi kah? So sempena lagi 20 hari ni nak story sedikit progress dan sedikit flashback!

Masa baru-baru tunang 24 February kira-kira 10 bulan yang lalu time tu rasa nak cepat-cepat je kawen. Aku rasa symptom ni normal kot. Masa sebelum nak tunang macam-macam rasa then baru tunang happynya kemain rasa nak cepat je kawinnya. Pastu time tu nak sibuk-sibuk urus itu ini pun rasa macam lama lagi je. Orang lain 6 bulan sebelum or setahun sebelum pun dah mula sibuk-sibuk tapi aku macam releks je sebabnya aku target lagi 3 bulan sebelum barulah aku nak all out.

Bila dah tiba lagi 3 bulan memang banyak benda nak kena uruskan. Memang pening bila nak fikir kad, pelamin, baju semuanyalah. Aku hanya uruskan pada setiap hari minggu. Cebayangkan betapa stressnye aku. Dengan kesibukkan kerja, keterbatasan sebab sidia jauh, time nak mentelaah time tu lah nak deco kad. Arghh mengapakah? Tapi dari 3 bulan tu tup2 tinggal lagi sebulan je. Seriusly tak sedar! Kenapa masa ni pantas sangat ni tetibe… *rolling eyes*

Sekarang semua benda dah settle dah in progress la dan tinggal tunggu waktu-waktu tertentu dan hari kejadian je. Kad-kad pun dah diedarkan tinggal yang pos je isnin ni akan diurus. Jadi sekarang ini rasa tersangatlah santai. Lagi 3 minggu je weh. Minggu depan dah start jugak sibuk-sibuk sikit. Tambah sikit-ikit mana yang patut. Salah satu sebabnye sebab minggu depan gaji. Tak gaji mende mau beli? Sikalang semua mau duit lorhh…

Dah cukup ini sahaja buat masa ini. Sekian, nantikan detik membahagiakan wihihi 🙂

Advertisements