Husband1

Waaaaaa memang dah lama sesangat tak jenggah apetah lagi membuat senaman jari untuk page ini. Dunia kerja memang berbeza. Kalau dulu stress atau sibuk manapun ada masa nak marathon cerita korea, berangan fikirkan benda-benda tak penting untuk difikir atau update belog bape banyak kali, mengadap facebook yang melalaikan… tapi sekarang? Jangan harap! Masa yang ada hanya fikirkan kerja… kerja.. kerja.. hujung minggu untuk majlis pulak. Memang dah takde dah masa sia-sia lagi mensiakan haha 😀

Disebabkan dah lama tak menulis jadi mestilah ada banyak cerita yang nak dicoret.  Lebih-lebih lagi bila majlis dah nak dekat ni. Ada je entry yang dah tersimpan didraft. Tapi berlapuk tersimpan je kat draft tu. Jadi hari ni nak jugak pos! Wah semangat!

44 hari lagi…

Sekejap je kan masa berlalu… kalau dulu rasa nak je cepat-cepat kawen. Tak sabarnya nak kawen. Pakai inai.. masakkan untuk suami..  ada rumah sendiri… Tapi sekarang tup-tup dah tinggal sebulan lebih je lagi… cuti sekolah pun dah hampir. Petandanya majlis pun dah makin dekat. Dah siap ke semua??

Alhamdulillah semua dah under progress! Tadi baru je dapat mesej kad dah siap! Punya excited rasa kalau boleh malam ni jugak nak ambik haha.. walaupun risau jugak, entah cantik ke tidak kad tu nanti ek! Cakap pasal kad;

Asalnya…

aku ni kan cerewet! Kalau boleh nak kad yang memang cantik, exclusive, pastel, simple..ala-ala macam ni:

534974_583208015056508_1639624484_n

 salah satunya.. *kalau uplode semua panjang berjela nanti entry ni*

kad begini kad yang dalam kategori cantik bagi aku. Boleh dapatkan dari Memory Forever(MF)Kad Kahwin ! Memang cantik-cantik belaka. Beribbon-ribbon. Simple & exclusive! Tapi benda cantik & berkualiti cenggini harga tentulah cantik jugak ye dak? upah pasang ribbon pon lagi mahai dari harga kad. Bila fikir-fikir balik macam membazir je sebab nak tempah banyak pastu nanti orang buang. So lupakan kad cantik then cari kad biasa…

Disebabkan kesuntukan masa & kekangan kerja (cewah!) aku pun rasa nak tempah kad on9 je… kat fb banyak beno orang duk bisness kad kawen ni. Then berkenanlah kat satu ni… memang cantik & harga berpatutan siap free gift lagi. Kalu compare dengan kat kedai biasa bila ditambah hadiah-hadiah yang kita dapat tu jadinya sama je.. so for those yang nak kawen tu nasihat aku tempahla awal-awal macam lagi 3 bulan ke 4 bulan.. especially kalau korang jenis cerewet, perfectionist dan nak yang betul-betul macam yang korang idam-idamkan. Kalau tak jadi macam aku, dah bebaik jumpa yang cantik, harga oke siap promotion sume (konon-konon nak yang ala-ala vintage) sekali tarikh siap tak dan dengan cuti sekolah. Aku ni cikgi, mak pun cikgi, cikgucikgi ni kenalah bagi before cuti sekolah. Then kalau berdegil nak cepat boleh tapinyaaa kena plus 30%!!! hitung-hitung dah jadi sama macam yang takde promosi.. kad kawen saje RM700++?? Macam membazir je… atas nasihat kawan-kawan, diaorg kata tak payah!!!! oke fine takkan nak labur duit bagi orang buang gitu je kan selepas tu. Jadi aku membudget kad kena below RM500…

So dihari sibuk nak memfitting baju belah pompuan aku, sidia & emak pun terjah 1 kedai ni kat bandar aku tinggal then terus je pilih masa tu.. harga 45sen sekeping tok poskad saiz… oke dah settel! Settle ke????? belum lagi.. bila dah emailkan detail yang aku nak dan akak kedai tu buat artwork hasilnya macam aku tak berkenan. Bukan sikit tapi banyak!!! Jadi aku buat keputusan aku ubah & decorate sendiri. Nak edit buang itu ini takut menyusahkan akak tu & paling takut take time lagi so aku buat dengan harapan akak tu tinggal print, siap then aku pun senang hati sebab kad memang sejibik macam yang aku nak! Sayangnyaaaaaa ade problem la pulak.. tulisan pecah.. dah la aku tengah sibuk tahap………..*&^%$ kena fikir pasal kad.. buat kad… itu ini… ya Allah…

Dah malas nak cite panjang-panjang pasal kad. Yang penting dah siap! Esok nak ambik! Kalau tak cantik redhooo aje la.. tulah yang terbaik. 🙂

Baju sanding.. 

Tahun lepas planning nak grey.. then akak sidia dah pakai grey. Pastu tren tahun ni kaler Tiffany blue. Tapi sepupu kawen hari tu dah pakai kaler tiffany. Jadi macam berbelah bagi. Pastu aku kan peminat tegar kaler pastel & putih. So nak baju yang kaler suci murni macam offwhite then lacenye silver.. tapi masih rasa nak kaler tiffany or baby blue. Tibe kedai kawin rambang mata. Mak kata gini, aku nak gitu gini then consider warna pelamin diaorg kata kalau putih dengan putih nanti tak nampak beza okelah akhinya yang aku sibuk planning macam kertas kerja nak design cengini cenggitu akhirnya jadi lain.. oh stress! Mengapakah.. hehe.. so time tu decided pakai kaler Tiffany blue  lace silver. Tempah sewa dengan pasangan siap hiasan samping tanjak keris sume total RM700. Settel.. lagi seminggu nak kawen boleh fitting..

Baju belah lelaki tema merah. Tempah asing. Beli kain kat jakel then dia tempah kat KL aku kat sini je… then nak buat dress macam take time so decided buat kebaya labuh je. Shopping kain & Veil dah RM500++ upah jahit lagi.. benda-benda lain??

Untuk nikah ni panjang citenyeeeeeeee..mehehe diringkaskan jadi begini:

konon nak cari jubah putih. Tak jumpe. Pastu nak cari kurung moden yang da siap je. Tapi nak mencari punyelah susah. Kebanyakan kat pasaran kaler putihnya putih susu. Si tunang pulak dah beli awal-awal kain nikah putih betul. Dah tak sama nanti. Dengan hujannya.. yang pi cari dengan adik lain, dengan si tunang lain. Nak tempah kena RM300+++ memang macam membazirkan.. dah macam bersanding. Kalah baju belah lelaki. Padahal nak guna kejap je. Tapi disebabkan time tu detik indah dan paling indahkan sebenarnya jadi kena la jugak menempah jubah ala dresss cutting princess… total RM318… Ni belum masuk veil ke tudung ke jait manik niiiii adoi#

Pelamin?

Pelamin adalah benda kedua yang aku uruskan dan bekerja keras. Aku peruntukkan 1 hari tok terjah butik pengantin. Last2 pi yang tempat belah lelaki amek. Orang kampung gak.. Mula-mula macam ye tak ye je aku nak amek sebab aku tau yang aku nak ni macam lelebey sikit tapi sebab orang kampung kite so senang runding dan terhasillah…….tunggu 14hb nanti hehe! Yang pasti ada macam yang aku nak then ada ubah sikit-sikit walaupun sememangnya tak macam betol-betol yang aku nak!!!! =_=.  Pelamin je dah 3k!!! ingat reduce make up & baju dapat lagi murah. Tapi disebabkan aku buat kat dewan, mak aku nak tambah lagi satu mini pelamin bagai nak full tutup belakang pelamin, nak bunga sakura sume so 3k okey tok pelamin! Make up aku amek akak yang makeupkan aku masa tunang. 3 kali makeup tok nikah dan bersanding 2 hari dah RM300. Ching…ching bunyi duit $-$

Photografer!

Dalam banyak-banyak urusan benda ni yang dah settle awal-awal dan paling awal disettlekan! haha… pengalaman masa tunang gambar guna enset je dek kamera rosak! pastu hp canggih akak-akak to be yang tertinggal la bateri habisla ape la last2 pakai nset biasa dan harapkan 360 note semata jadi tok kawen aku nak gambar kawen aku cantik! mehehe… so aku amek Pendita Photography.. amek yang promotion siap white studio RM1500. Akak ni baik. Harap dia dapat amek gambar dengan sangat cantik! hehe

Last but not least benda yang paling best & sweet sangat  buat aku ialah……………………………………….SHOPPING BARANG HANTARAN!!! hihi ni best part ever. Sebab masa bertunang tak dapat nak shopping barang hantaran sama-sama. Time tu tangan dia berbedung. So beli barang masing-masing. Memang tak best sebabnya kena decided sorang-sorang. Pi dengan family. Belum habis cari depa dah penat. Pegi dua tiga kali pun masih belum settle. Lain taw rasa pi dengan orang yang teman dengan orang yang nak beli untuk diri sendiri  & majlis sendiri. Nah rasa jadi orang kaya kejap. Mula-mula pi umah adeq TOMEI. hehe tomei ni berjasa sebab masa cincin anniversary dia beli kat sini. Then cincin tunang & risik kat sini. La ni gelang nikah pun kat sini. Lepas tu beli beg, perfume, baju seluar sume. Akhirnya kasut yang tak jumpa-jumpa lagi. Kesudahannya shopping kasut bersambung ke KL. Alamanda rupanya akhirnya. Penat pusing dua jusco kat Johor, kasut & belt sesat sampai ke  Alamanda Putrajaya. Best sangat!! Cadar sume beli kat Jusco je. Beg polo boutique, baju John Master, perfume Hugo boss & Bvlgari kasut polo & sembonia.. gelang tomei. Cincin sidia tempah kat Jumbo.. Oke settle! Tinggal coklat Famous Amos je nanti beli kat Kl Sentral dekat dengan opis sidia. Untuk hantaran sahaja dah bape K dah habis. Tapi puas hati. Syok la kan dapat shopping 😀 senyum lebar.

jadi,

Dewan settle, photografer settle, pelamin settle, kad settle, baju settle, hantaran settel…or in progress tinggal goodies & benda paling paling penting hantar borang nikah & IV 🙂 Wish we luck!

Nasihat aku, dapatkan tarikh awal. Book dewan awal-awal. Settle kad berbulan-bulan before for best quality. Kalau yang cikgu cikgi tu yang majlisnya akhir tahun ke time nak cuti kena siap awal sebab nanti kawan sekerja ada yang jaga periksa la kursuslah.. so kena siap awal! Baju kalau nak yang cantik n saiz special kena tempah. Barang hantaran settlekan awal. Beli yang paling wajib dan penting dulu. Kena rajin survey kad… dan sediakan kewangan yang mencukupi. Borang kawin jangan lupa pulak! Semoga keluarga yang dibina akan diberkati, bahagia, berjaya dan senang selamanya amin 🙂

Assalamualaikum

Advertisements