d

Kalau cakap pasal cuti, cuti dah nak habis dah. Khamis, jumaat, sabtu ahad oke isnin da kembali dan mulalah hari-hari yang sibuk, penat, happy sume ada pasni. Kalau sebelum ni ternanti-nanti hujung minggu. Paling-paling lama pun tiap dua minggu sekali tapi lepasni dah takde dah.. mungkin kena tunggu sebulan sekali. MasyaAllah sanggup ke macam tu nanti?

Kalau ikut perkiraan cuti memang ada 4 hari lagi. Tapi hari aku betul-betul bersama dengan sidia cuma hari ni je. Harinilah last kami keluar dating, ade orang belanje makan, teman shopping, gelak-gelak, gurau-gurau, tengok movie dan makan mcD dalam kereta sama-sama. Lepasni mesti akan ternanti-nanti vroom-vroom JaJA T-T sedehnye! Esok da khamis. Jumaat sidia dah berangkat ke KL. Kalau dulu rasa KL JB tu dekat je tapi sekarang bila dah seronok tiap minggu berjumpa sekali kena berjauhan macam ni terasa sangat kowt! Kenapa kami harus terpisah jauh? kenapa?kenapa?kenapa? huhu

Apepun tak sabar nak tunggu malam esok! Keluarga pihak lelaki akan datang untuk comfirmation tarikh nikah dan hantar duit hantaran sekali 🙂 yeahh a step closer.. 3 bulan lebih je lagi… Harap semua berjalan lancarlah. Harap nanti dapatlah pindah ikut suami walaupun………………………….macam tipis je harapan tu. Syang congratulation and have a greet day in a new position yeee. Hope seronoklah kerja disana. Jangan lupakan orang disini 🙂

Thanks for everything… will miss you a lot!

Advertisements