REVIEW HOTEL : Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

Cerita pasal Aloft ni pula alkisahnya selepas bercuti 3 hari 2 malam di Ipoh (M.Boutique Hotel,Ipoh dan JJCM Ipoh) baru balik sehari je di Penang en suami kena pi outstation ada meeting di KL. So disebabkan aku masih cuti tak boleh la dia nak tinggal aku sensorang kat Penang kan? Disebabkan last2 minit dapat arahan tu so flight tiket memang harga maha mahal lagi2 cuti CNY ni so encik suami kononya nak bawa aku naik ETS tapi seperti yang dijangkakan ETS  tiket da abisss (memang sokmo abis so sampai sekarang tak merasa lagi nak naik ETS). Nak naik bas aku memang tak gemo lerrr baik aku takyah ikut. So encik suami pun decided nak bawak kereta. Juju masih di workshop so kena bawa JP la. Siap servis JP kami pun berangkatlah ke KL. Agak dah petang juga baru bergerak. Dengan jem dan encik suami mengantuk lagi (tu sebab skrg dia byk travel guna flight sebabnya dia da agak tak larat nak drive jauh) malam barulah kami sampai hotel.

Penat jem hilangggg bila masuk bilik waaaa luassnya bilik!

12654637_1263108587039800_7452917470422099325_n

Mata tertumpu kat katil yang sangattttt luassssss dan tulisan atas katil yang iloike!

aloftaloft 2

Selalunya bila ikut encik suami outstation mesti akan stay di  Cititel Hotel tapi kali ni encik suami nak bawak aku stay kat Aloft ni sebab dekat sanggat2 (sebelah je) opis dia tu atau hotel 1 lagi Ascott Hotel. Then dia decided Aloft ni.

Hotel ni memang serba serbi lengkap. Sorry malas nak attach gambar banyak2 korang kena pi tengok sendiri hehe dan 1 lagi yang best pool dia!

12654310_1263638316986827_2080480637726541702_n

Gambar ni biasa2 je sbb gambar2 yang best ada muka kami sory aku takkan uplode so korang amik gambar kat tebing tepi nunn then comfirm cantik glerr gambaq korang nanti..

Harga semalam RM365 before tax & exclude bfast. Kami stay 2 malam memang rasa taknak balik!

Kemudahanya banyak!!! Korang pi lerrr ye! Tak nyesal. Aktiviti petang kami bedebushhhh dalam pool then malam cari Zaini Satay pastu terus ke KL Tower dan esoknya pi Ikeaaaa! Mana tak sonok kan?

bye!

Advertisements

REVIEW HOTEL: M. Boutique Hotel, Ipoh

Hotel ni memang owesome!!! Memang elegent memang selesa dan buat kita rasa berada di 1 dunia lain. Dari pintu masuk, lobi, lift hingga ke bilik semua cantik! Tema lain2 setiap bilik & floor. Percutian santai memang nak rehat2 dan JJCM berbaloi2. Dekorasi tersangat2 cantik, servis dan kemudahan yang mcm2 ada. 24hrs gym, kemudahan laundry layan diri (yang ni 1st time aku jumpa), petang2 dpt maruku & air service ke bilik, terbaiklah!! Harga pun berpatutan. Yang nak honeymoon takmo kuo bilik tu wajib pi sini. Takyah la pi Bali ke mana… Berehat la disini! Bfast pula ada 2 pilihan. Boleh ke Myth Cafe kalau keluar lift belah kiri atau Oldtown White Coffee Grand sebelah kanan hotel yang juga dalam bangunan yang sama.

Macam mana aku boleh jumpa hotel owesome ni?

Guna booking.com . Apps ni mudah je! Kali pertama aku guna masa stay mengejut lepas pi Zoo Taiping Night Safari masa tu. Sebelum2 ni aku cuma tengok je tak berani nak try. Bagi aku booking ni best sikit sebab ada banyak gambar so senang nak tau best tak then nak tau betol2 best ke tak tgk rate. Kalau 8 above tu for sure hotel tu recomended la. Kalau 6 lebih tu ala-ala jek.

So masa duk sibuk2 kat KLIA2 hantar mak abah pi umrah tu time tulah tengok2 kat booking hotel mana yang ok untuk stay 2 malam di Ipoh.  Dalam banyak2 hotel ni menarik hati sebab decorationya tu. Tengok kat booking tinggal yang single bed. Tengok web hotel tu  http://www.mboutiquehotels.com/ ada lagi bilik untuk queen size so encik suami kata try call dan alhamdulillah dapat! 2 malam RM500 siap bfast. So ok sangat la tu.

Nah untuk cek availabilty ke konsep hotel ni tekan link ni :

 http://ipoh.mboutiquehotels.com/

atau baca blog saudara ni :

Blog Abah Careno : M. Boutique Ipoh

atau cawangan 1 lagi di

Blog Abah Careno: M. Boutique Stesen 18

Gambar-gambar tersebut tak tipu! Memang cantik tempat ni.

Jadi aku tak perlu la attach gambar2 aku. Korang boleh tengok kat ig gak guna #mboutiqueipoh comfirm korang akan tak sabar2 nak pergi sebab semua gambar cantik2 belaka!

Aktiviti JJCM Ipoh kami pi try Mi Kari & Mi Kicap (tak sedap).. lepas tu Gerbang Malam (kali kedua pi) diikuti Mi Udang Sempoiii Diraja (terbaikkk layanan pun bagus!), Nasi Lemak Ayam Kampung (giler ramai org) , tgok wayang di Eon Kinta dan shopping2  Kaison di Eon Manjung. Sonokkkk sgt2! Alhamdulillah

Selamat mencuba!

I’m Pregnant! June 2014

CYMERA_20140702_224607

 

Setelah lebih kurang enam  bulan berkahwin akhirnya aku pregnant juga. Kalau dulu mentaliti aku kalau orang kawin je mesti terus dapat anak. Kiranya macam benda tu mudahla. Kalau yang memang xde sampai bertahun-tahun tu tak ramai. Just kes2 terpencil. So benda-benda macam ni tak  perlu risau. Lebih-lebih lagi masa tu aku fikir nak hidup berdua dulu tak nak cepat2.

Tetapi hakikatnya berbeza. Naluri nak jadi ibu dan ada anak sendiri rupanya datang dengan sendirinya. Lebih- lebih lagi bila belah suami ada ramai anak saudara. Kami pulak suka dengan baju aksesori budak2, kawan2 yg kawin seminggu or 2 minggu awal dah pregnant, kawan kerja yang sebulan selepas aku kawin pun dah pregnant! Wah ini tak boleh jadi.. paling tertekan bila kawan2 sekerja asyik syak aku ni da mabuk je tiap kali penat ke ape. Padahal masa tu aku mengantok je.

Bila tengok ibu2 muda mengandung macam cute je memboyot. Teringin jugak nak macam tu. Ingat lagi bulan pertama rasa sedih bila datang period. Bulan kedua lagi la sedih. Bulan ketiga suami begitu rasional. Aku plak yg macam memaksa dan pelik kenapa masih x pregnant??? Bulan ketiga ni kemuncak la lebih2 lagi bila semua simptom pregnant ada tapi mesti period!

Sampai bulan kelima period lewat seminggu. Wah macam ada chan ni. Tapi takmo berharap lebih sebab takut kecewa. Beli benda alah uji kehamilan tu dah x payah cakaplah. Aku naik segan dan kadang2 suruh suami yang pi beli. Bayangkan tiap bulan membazir gitu je. Daripada yang murah harga RM8 sampai yg mahal yang boleh test 4 hari lebih awal dari tarikh period. Nak jadikan cerita aku ada kursus time tu. Sepanjang program memang menungggu-nunggu. Siap bawak bahan ujikaji tu tapi kecewa sbb hari last period! Bayangkan dah lewat seminggu. Sepanjang seminggu tu kt program tu bolehkan hari last tu period. Hampa betol. Senggugut pulak tu. Padahal masa tu suami da start muntah. Sampah dalam keta pun bole muntah. Padahal sampah dalam kereta je ape la sangat. Lainlah sampah kt tong sampahkan.. tapi nak buat macam mana memang belum rezeki lagi.

Bila episod yang sama berulang dan sampai satu tahap aku rasa nk je pi jumpa doktor.  Aku mintak pendapat la cek ke ape mane la tau ada ape2 kenapa tak lekat2. Usaha da. Kenapa ye kenape22??? Hehe.  Tapi kawan2 nasihatkan tak payah. Diaorang kata terlalu awal. 6 bulan masih awal. Kebetulan aku ada orang sekeliling yang sangat membantu. Ada akak-akak senior yang hadapi benda sama. So masing2 bg pendapat . Jadi aku pun cubalah. Tapi tak dinafikan en google la banyak membantu. Aku kerap baca blog ke apa2 kt google dr doa nak hamil, tanda awal kehamilan sampai keguguran or ape2 la. Banyak blog2 yang sangat berinformasi.

Tuhan maha mendengar.

Mungkin dia tahu bila kita betul2 bersungguh dan bersedia. Now im pregnant! Alhamdulillah. Syukur Allah.

 

Tips untuk pregnant ( hasil nasihat akak2 senior/senasib , pembacaan diblog dan utube! )

1. Makan asid folik

2. Berurut

3. Tahu waktu subur yang sebetulnya (kalau tak pasti dengan pengiraan sendiri boleh beli evolution kids kat watson) masa subur tu berusaha lebih hehe

4. Jangan stress..

5. Banyak berdoa.. sila google doa untuk hamil ada banyak sangat.

6. Makan tauge

Tapi aku makan asid folik tu agak lambat. Berurut pun lambat tu pun urut biasa2 aje. Jangan buat kesilapan yang sama ye gaisss!

Oke ni sebenarnya entry yang dah membeku dalam drafts blog ni hampir ….. (tau pregnant jun 2014 now aku publish Feb 2016! Korang kira sendiri haha) sedihnya kegembiraan ini hanya dipinjamkan sementara apabila masuk weeks 6 aku ectopic dan baby “adam” pun dipulangkan kembali pada-Nya :”(

Kisah ectopic ni akan aku tintakan disini nanti insyaAllah.

Jap nak sambung sikit,

Reaksi suami bila tahu aku pregnant?

Alkisahnya masa tu cuti sekolah nak dekat2 dengan ramadhan. Aku turun Kl. Masa tu en suami dah menyewa rumah double story kt Semenyih Parkland. Rumah 2 tingkat ni memang malas beno nak tidur kat atas jadi lebih banyak tidur kat bawah kat ruang tamu sebab en suami suka tgok tv. Memang da beli test clear blue tu tapi sayang nak guna sebab mahalkan. So pukul ntah berapa pagi aku tersedar nak kencing hati ni duk kata “testlaaa…. testlaaaa” tapi aku tahan jeee sebab rasanya masa tu awal lagi. Ntah tak tahan sgt nak mencuba aku pun try la guna. En suami tak sedar ape dah. Bila da test sementara tunggu result tu aku nevessss gler tapi terkejut sgt bila test tu tunjukkan result mcm gambar kat atasss!!! Terus kejut en suami tapi bole dia sambung tdo balik??? Grrrammm jek! Tapi esoknya tak ingat dia amik halfday ke cuti bawak aku pi klinik dan dia rasa happy sgt2! Alhamdulillah. Bila dia mula usap2 perot aku macam cakap dengan baby waaa happy tersangat2 time tu tapi tulahkan takde rezeki kami. Sampai sekarang tak lekat lagi. Semoga tahun ni ada la rezeki buat kami ya Allah. Aminnnn

Assalamualaikum.

I’M BACK!

 

il_340x270.507435999_it27

Hello 2016! Wahhhhh, terskip dua tahun punya cerita dik kesibukkan dan banyak kisah suka duka bahagia segala-galanya yang rasanya kalau diceritakan punyalah banyak tak terkata!

Untuk tahun 2014 hal yang menyedihkan bila berjauhan dengan suami. Kemudian diikuti kisah sedih kehilangan baby yang hanya sempat dikandungkan selama 6weeks. Seterusnya keseronokkan berjalan abis meronda banyak tempat. Diikuti pertukaran encik suami ke tempat kerja baru di Utara semenanjung. Tetapi akhirnya sinar ceria dan bahagia datang bila keputusan egtukar keluar dapatlah tinggal sebumbung dengan encik suami. Episod meronda2 utara la pula. Honeymoon dan first anniversary ke Bali.

2015 pula berjalan sakan! Makan sedap2 sampai gemokk. Kesedihan kehilangan anak kucing yang dah dianggap macam anak sendiri. Buat keja gila sarapan jauh2. Kehilangan JAJA dan kehadiran JUJU. . Dapat kakak ipaq. Anniversary kedua di Uss Singapore.

Ada banyak lagila. Rasanya perlu ditintakan di sini agar tidak dilupai nanti.

See you soon!

Candle Light Dinner Flora Cafe, Feb 2014

1621788_796849243665739_1797401869_n

Flora Cafe.. aku tahu tentang cafe ni daripada seorang kawan yang tak sengaja berkenalan sebab tunggu bas yang sama alih2 rupanya kami duduk sebelah menyebelah. Rakan yang sangat peramah sehinggakan kali pertama berjumpa berborak macam dah lama sangat kenal. Jadi ceritanya aku dapat tahu tentang cafe ni sebelum aku kawen lagi dan tak sabar-sabar dah nak pergi dengan sidia tapi terpaksa dihold dulu sebab nak pi selepas kawen.. Barulah boleh posing2 romantikkan?

Cafe ni memang cantik dan dipenuhi bunga-bunga yang maha merimbun then makananya sedap! Jadi aku decided nak pergi sini masa birthday suami aku. Surprisela kononnya. Tapi disebabkan tempat ni kami tak familiar dan first time pergi jadi siang-siang lagi dah pi survey tempat then makan kat secret recipe tepi cafe ni. Sebelum tu puas la meround bandar KL dlu. Sempat beli baju untuk aku pakai malam tu jugak aihh sanggup salin semata-mata nak makan ka tempat cantik ni.

1000968_796849520332378_525713422_n

Sorry disebbkan aku pi ni setahun yang lalu jadi aku dah lupa pukul berapa aku bercandle light dinner ni. Untuk pengetahuan, aku da boking siap-siap lebih kurang sebulan sebelum dan seminggu sebelum aku comfirmkan balik tarikh dan masa. Menu pulak aku pilih on de spot time daa sampai. Kat sini ada western food dan menu biasa. Time ni aku pilih asam pedas sebab kawan aku cakap sedap dan ternyata memang sedapppp! Harga pulak untuk 2 orang dan setting meja dengan kek RM100. Kalau sekarang ni tak tahulah pulak berapa. Boleh cari di fb untuk booking, harga, menu sume.

Persis macam kawan aku tu cakap, owner dia memang ramah dan baik betol. So korang jangan segan silu nak tanya pape. Kat sini boleh jugak buat majlis untuk bday, bertunang, kawen etc.. ada 2 space 1 kat dalam yang macam aku makan ni (each part cantik dunt worry) dengan 1 lagi kat luar (but still dalam bangunan ni lah sebab kedai ni macam dalam mall yang tak ramai orang sangat). Masa korang da duduk nanti ada org amek gambar dan gmbar korang tu akan di uplode kt page fb Flora Cafe siap caption hehe. Gambar diaa  cantik so korang dah tak payah risau kalau gambar dari hp korang tak cantik ke ape..

Juga entry yang berlapur membeku. Feb 2016 baru dapatku publish. Hari kejadian Feb 2014!!! 2 tahun yang lepas he2.. Nampak tak setahun lepas kejadian baru sempat nak menaip tapi  2 tahun kemudian barulah dipublish. 😀

Kucin’ sakit..

veterinarian_000015533070_620x350

Antara perkara yang boleh membuatkan aku sedih adalah apabila kucing aku sakit! He is my hero.. yang kalau aku nak tidur, bangun tidur, makan mesti aku akan teringat dia.. kalau manusia sakit kita ada ubat, panadol, pankiller, boleh pi klinik or hospital. Tapi kalau kucing sakit? Dia tak boleh pun nak mengadu. Memanglah ada klinik haiwan tapi rasanya tak lah macam bila manusia sakit dan2 la pi klinik kan?

Baru beberapa hari yang lepas ada seorang rakan post di fb tentang kucing dia sakit. Kaki membengkak. Tulangnya patah then kena simen.. Petang tadi pulak kaki kucing aku membengkak.. Jalan pun terhencut-hencut. So sad# Pastu aku terfikir, patah ke? Tak lah kot.. just bengkak je gaknye. Lagi pun bukan sebab dia kena pukul tapi sebab dia bergaduh dengan kucing lain ja.. ishkkk memang nakal!

gambar-lucu-kucing-lucu-tidur-pakai-selimut

Tapi sakit kali ni taklah bape turuk. Sebab dia masih boleh jalan dan lompat lagi. Kucing kalau sakit teruk sangat dia akan terbaring ja.. tidur.. makan takmau.. minum takmau.. berak pun takmauuuu! Letaklah ayam kfc ke apa dia pandang pun tak mau! Paling menyedihkan bila kucing kesayangan kena sakit mata. Mata berair pastu hidung dia tersumbat! Perghh, memang menyedihkan  sangat! Sebab hidung organ yang penting buat kucing selain lidahnya. Kalau dah hidung tersumbat, acane dia nak bau lazatnye ayam goreng ke ikan goreng tu kan? Macam kita bila selsema.. semuanya tak berselera.

Pernah suatu hari tu kucing aku ni sakit sangat. Tak ingat lah apa sebabnya. Tapi dekat 4 hari gitu lah dia tak makan tak minum. Tidur aje. Tu yang kes aku letak ayam goreng pun dia tak mau tengok. Sampai kurus badan dia.. Sampai nangis-nangis aku dibuatnya. Yela time tu da macam bersedia mungkin bape hari lagi dia nak mati. Dah la makan tak nak, nak kasi ubat apa pun tak tau. Kebetulan kat rumah memang ada stok air Zam-Zam. Then kasi dia minum. Nak kasi dia minum tu pun puas memujuk. Nangis menjijih-jijih air mata dan hidung keluar memujuk dia.. “utih minumla.. minumlah.. djdfhurrbvjdxxx” entahlah aku pun dah tak ingat apa lg aku cakap kt dia masa pujuk dia suh minum tu.. sampailah dia nak minum. Then dia minum laju giler.. ibarat orang yang dapat minum air dikala kehausan yang melampau. Then time tu memang aku berselawat banyak-banyak. Happy sangat bila dia nak minum air zam-zam tu.

Kucing sehat senang hati..... :)

Kucing sehat senang hati….. 🙂

Syukur alhamdulillah…. lat sehari dua dia terus baik. Nak makan.. nak minum.. manje-manje nakal macam selalu semula. Oke happy sangat rasa. Hairankan.. kucing yang kita sangka nak mati dah, boleh tetiba sembuh dengan meminum air zam-zam.. subhanallah.. ini kisah benar. Cubalah.. insyaAllah dengan izin Allah.. Binatang pun macam kita jugak. Bila dia lapar kena makan, bila dia sakit kenalah bagi ubat! Kesian taw…

#Sekarang ni musim panas. Kalau tekak kita rasa haus, tengok kucing kita. Bagi dia air. Kalau kita ni manusia haus, dia apatah lagi. Cuma dia tak pandai je nak buka peti ais sendiri. Jadi, bagilah dia air tanpa dia meminta.. 🙂

Assalamualaikum…

Silent reader!

I'm shy shy cat.. oho..

I’m shy shy cat.. oho..

Ohmomo…

First of all, reason aku ada blog ni pon sebab aku suka berangan. Suka berfikir benda-benda yang tak patut aku fikir dan berulang-ulang. Kadang-kadang ada je beberapa perkara or wording yang berlegar-legar dalam kepala aku ni. Macam mintak aku notakan.. Wah!!! bugget ilhamlah? Propa sangat! hihi 🙂

Sebenarnya aku suka baca blog orang. Kisah orang. Then rasa nak tulis tentang kisah diri sendiri tapi malu pulak nak bagi tunjuk kat orang. Pernah sekali tu ada sorang kawan ni share a kind of puisi dari entry aku ni (padahal luahan hati yang tah pape je hehe) aku mula rasa macam nak jadi lokek pulak sebab hati tak bape nak suka orang amek ayat kita tehehe..

So apa sebab aku berblog? Sebenarnya sebab aku memang suka menulis. Impian nak ada novel or buku sendiri lah katakan tapi haram………… angan mat jenin yang hado! Pastu salah satu reasonnya lagi sebab nak sidia tu baca. Hehe dan suka sangat bila dia baca hasil tulisan kita ni yang kadang-kadang ntah pape!

Aku tak kesah kalau orang lain tak baca blog aku sebab aku memang tak war-warkan or kasi orang tau pun.. (vegongkan!) dan macam malu je kalau orang bace kisah kita… tapi suka sangat macam nak lompat-lompat kalau tahu yang sidia baca blog kita ni.. walaupun………………… just dari email jew.. huhu sedey!

Thanks my silent reader! ILY banyak-banyak 🙂

Pemalas atau seni?

I'm love it!

I’m love it!

SITUASI PERTAMA:

Baju bertimbun tapi marah kalau orang lain basuhkan baju tu lebih-lebih lagi tetiba ada tisu-tisu putih melekat ke baju, seluar hitam tak pun tompok-tompok turun warna sebab basuh main campur je baju tak kira warna.

SITUASI KEDUA:

Atas katil jadi macam stor kecil tapi boleh memuatkan semua benda. Beg, baju, file, stoken, handbeg…etc. Kalau boleh semua baju dalam almari nak bongkar biar terpampang atas katil. Belum lagi bear yang tertonggeng-tonggeng. Masa tu ikat rambut yang besar tapak tangan pun tak dapat dikesan dengan mata kasar.

…………………………………………… TAADAAAA………………………………………..

Situasi pertama tu berlaku bila nak basuh alang-alang satu dua baju buat ponat & buang karen aje. Tunggu dah banyak sikit, time rajin datang nak basuh alih-alih dalam mesin ada baju. Kalu mesin tengah berputar ok lagi. Tapi, kalu bukak je mesen ada baju yang dah basuh tapi belum sidai ok memang nak hangin lagi hangin kalau baju tu belum basuh tapi letak je dalam mesin tunggu dibasuh dan basah pulak tu!ZzzzzzZSS mana tak baju bertimbun?

Situasi kedua pulak bila nak keluar pi dating especially. Esok nak dating petang sehari sebelum dah sebuk duk pilih baju. Rasa macam  tak de baju. Habis satu almari dan semua beg dipunggah. Try test cuba lempar atas katil. Penat cuba cuba then biarkan atas katil. Try lebih 10 helai baju last-last hari kejadian tukar, tak pakai pun baju tu. Bila dah kalam kabut bersiap tinggal jelah.. bila balik ohmakkau! tak de satu inci pun katil yang kosong… berterabur tudung dari segala jenis ton warna dan baju yang tergulung-gulung sume.

Tapi, bagaimana semak atau berseraknya barang kita, hanya kita yang tahu mana barang tu kita letak, malah lebih senang ingat dari benda yang diletak kemas-kemas then lupa letak mana. Pernah tak hadapi situasi ni? Kalau ye, anda ketegori orang pemalas yang berjiwa seni! kehkehkeh… tips nak rajin kemas? ajak kawan selalu datang rumah. Bila orang datang, bersih le rumah tu nanti. Then tips kedua, selalu pergi rumah orang yang cantik-cantik or kemas rapi, mesti nanti anda akan termotivasi untuk nak rumah kemas dan rapi macam tu jugak. Walaupun, motivasi akan basi seiring waktu yang berputarrrr tarr tarr tarr 🙂

Kos majlis pertunangan!

Setelah hampir sebulan bertunang (lagi 2 hari genap sebulan) aku tergerak hati pulak nak share kos sebenar majlis pertunangan aku yang serba sederhana tu. Sederhana tak sederhana jugaklah kan sebab rasanya dah lebih dari sesederhana yang dimahukan… dan kalau ikutkan keinginan asal aku nak solek-solek sendiri je, tak de la sampai bercrown-crown..  semuanya sesimple-simple mungkin sesave-save yang boleh. Tapi, kenyataannya… kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan dan syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar, cuaca elok dan persepakatan pun telah tercapai. Itu yang penting hehe..

A) Kos baju/hiasan diri/solek:

1. Baju: RM180

– beli ready made

2. Veil putih : RM70

– second hand. Pernah dipakai sekali oleh si pengantin. Mula-mula nak beli dia kata boleh sewa je, last-last kasi beli pulak. So dapat separuh harga. Sebab veil biasanya mahal. Ratus-ratus kalau yang baru. Nak pakai sekejap aje!

3. Contact lense : RM140

– lense kaler biru. Sepasang RM70. Disebabkan power kanan kiri aku berbeza jadi kena beli 2 pasangla.

4. Solekan andam : RM100

– solek berserta hiasan crown dan rantai

5. Stoken : RM3.OO+

– lupa pulak harganya berapa >0<

TOTAL: RM493.00+

Bekas hantaran

Bekas hantaran & sireh junjung ready made!

B) HANTARAN

1. Bekas hantaran : RM420

-bekas hantaran ni aku beli dah siap. Ada 2 bakul dan 5 raga besi siap hias.

2. Barang hantaran : RM1500+

cincin: RM200, songkok: RM100, jam: RM550, baju pasang: RM250, bruce songkok RM12 , Kek tunang SDS : RM100, buah? coklat? kek tempah? kuih? gula-gula???? bekas/kotak tambahan??

– untuk barang hantaran kami memang dah set barang biasa je. Dulu plan gah siap nak bagi ipad ler DSLR ler tapi akhirnya kami nak cut kos jadi tukar dengan jam, songkok, cincin, baju pasang, buah-buahan, coklat, kek dan lain-lain. Last-last dari 7 dulang bertambah-tambah. Mak tambah lagi makanan dan last-last banyak betol makanan. Dari 7 dulang at end macam dah 11 dulang! dengan mangkuk tingkat lagi.. jadi tambah beli kotak, kabus alas sume. Total? +++++

3. Sireh junjung ready made : RM60

5. Hiasan lain macam reben, bebulu, gam, double tape bagai…..???

TOTAL: lebih kurang RM1600 (mungkin lebih tapi tak dicalculate)

C) CADAR/BILIK

1. Cadar : RM210

2. Langsir: RM100

3. Hiasan dinding: RM50

TOTAL: RM360

D) JAMUAN

– ini mak yang taja! Nasi beriani. Aku tak tahu kosnya berapa tapi beratus gak lah sebab tempah. Thanks mak! Dengan gooddies lagi..

KOS KESELURUHAN TIDAK TERMASUK JAMUAN : RM2453+

*****nampak benda remeh tapi bila dah counting fuhh banyak jugak ekkk!

Jadi, setelah anda melihat kos-kos ini agak-agak sudah bersediakah anda?? 🙂 tepuk poket tanye kemampuan…

Sebenarnya, naluri kita pastinya mahukan yang sesimple boleh tapi bila fikirkan sekali seumur hidup mesti kita sanggup berhabisan. Lebih-lebih lagi nak beri sempena hari istimewa jadi takkanlah nak bagi yang cikai-cikai kan? macam baju ela tu. Sehela RM50.  5 hela? tu jadi RM250. Lepas tu nak letak atas hantaran takkan nak bagi yang RM10 sehela kan? Ini berdasarkan pengalaman aku lah. Lau yang berkemampuan lebih mungkin kos aku ni memang tak seberapa sangat. Cuma tulah, nak mengingatkan aje, segalanya memerlukan kos. Lebih-lebih lagi bagi yang belum bekerja.. kalau dah kerja tetap lain lah cerita kan.. bolehlah bermini pelamin bagai.. berprofesional photographer bagai..kan? kan? ehh tak baek taw membazir hehe!

Tak pe.. simpan segala keinginan yang belum tercapai masa majlis perkahwinan nanti.. ni tunang je.. nanti kawen barulah all out hehe! adoila geleng kepala sidia nanti! hehe

Hokey, selamat bertunang bagi yang baru nak bertunang. Doakan urusan kami dipermudah.. now, serching for kursus kawen pulaaaaaaaaa! see you

Assalammualaikum!

Lulus ujian JPJ, alhamdulillah :)

ilustrasi parking handmade! hehe

ilustrasi parking handmade! hehe

Hari ni 5 Mac 2013 aku attend test JPJ. Alhamdulillah aku LULUS! Wah big claps for myself! Rasanya dah lama kan aku tak share kat blog pasal hal lesen/belajar kereta ni sebab lepas entry pasal test undang-undang aku dah lama tak buat entry lepas tu ak buat entry pasal tunang jadi hari ni aku nak share pengalaman aku belajar kereta sehinggalah test JPJ tadi.

Selepas lulus ujian undang-undang dengan score 47/50, aku pernah belajar memandu sekali je. Tulah pertama kali aku pegang stereng (untuk memandu), kenal apa itu clutch, mana pedal minyak pedal break,pegang tombol gear, tarik handbreak apatah lagi signal bagai (kesiankan??huhu) dan time tu jugaklah terus belajar drive kat jalan raya. Sebelum ni aku pi kelas KPP dan test dengan adik aku tapi time pertama kali aku belajar memandu ni aku sorang je. Dan untuk orang yang pertama kali segalanya ni dan drive di jalan raya opkos aku rasa ianya suatu perkembangan hebat buat diri aku sendiri haha bangga gila pada diri sendiri bila boleh gerakkan kereta dan bawa di jalan lurus walaupun untuk membelok masih kekok! nampak lori rasa ngeri!

Selepas tu aku langsung tak belajar kereta lebih kurang sebulan! Jadi guru ganti dah sibuk pi tengahari balik petang. Sabtu koko. Ahad nak rehat. Dan aku sendiri rasa malas bebeno nak pi belajar kereta sebabnya:

1. Jauh!- dari aping ke penawar rasa macam jauh sesangat! Dari Waha nak lepaskan Lok Heng dan nak sampaikan ke Bandar Mas tu fuhh rasa macam jauh bebeno. Penat.

2. Malas nak menunggu– bila kita belajar kereta masa kita menunggu sebenarnya lebih lama dari tempoh kita belajar. Yelah nak sampai turn kita, dengan cuaca yang panas, berangin kuat dan kadang-kadang hujan.  Itu semua mampu jadi alasan buat diri yang pemalas lebih-lebih lagi kena bangun awal pagi dan balik opkos badan rasa letih sangat-sangat ;p

Masa praktikal di tempat baru. Bukit rendah sikit. Bukit oke tak jadi masalah tapi mula-mula asyik tak masuk kepala je untuk buat parking. Adoila awatla tak hingat je stepnye. Da lama akhirnya dapat jugak. Bukit pulak risau. So inilah step yang aku nak kongsikan:

Sampai je beratur bagi ic dan lesen L. Tulis nama sign. Dapat tag nombor dan masuk bilik menunggu. Duduk ikut nombor. Daftar dengan jpj bagi ic dan lesen L. Sign dan ambil ic. Time tu pegawai tu akan tulis kita kena jalan A ke B. Tengok kat borang tu time dia tulis lau sempat. Tak payah nerves sangat sebab pegawai tu senyum je. (dalam hati tuhan je tau nerversnye cam ne kan… masa pegawai sampai naik van jpj pon fuhhh takotttttnya dah amat tuhan je tahu). Jangan lupa silent fon!

Nombor dipanggil empat-empat. Contoh 1-4 dan 4-8 pergi terus ke pondok. Empat orang naik kereta sorang satu. Sorang-sorang bawa bila diberi arahan. Bermula dari bukit, parking dan 3 penjuru/jalan mati. Parking semula tempat mula-mula start dan ambil card/borang di pondok jpj. Calon seterusnya akan dipanggil bila ada yang dah siap.

A) Step bukit:

1. Lepas handbreak, lepas pelan-pelan clutch, tekan minyak sikit-sikit naik bukit.

2. Agak-agak nak stop bila sampai cermin kanan selaras dengan tiang pertama lepas minyak, tekan clucth dan break. Tayar atas line kuning. Jangan tak sampai or terlebih.

3. Angkat hand break, lepas break perlahan-lahan pastikan kereta tak gerak, tengok tayar cecah tak line. Kalau puas hati angkat tangan tengok muka pegawai jpj bila dia bagi arahan jalan oke bole jalan. Kalau time kita tengok tu tayar tak cecah line or terlebih kita boleh undur syaratnya jangan angkat tangan lagi. Boleh buat lagi sekali. Sekali je.

4. Bila pegawai dah suruh jalan, tekan minyak sampai 2 1/2 or 3 tahan dan try lepas clutch perlahan-palah rasa kereta bergerak baru turunkan hand break dan jalan. Time ni kena jaga minyak.

5. Dah lepas bukit tu lepas minyak dan lepas clutch perlahan-lahan stanby break.

Formula senang bukit: minyak, lepas minyak tekan clucth  agak-agak pada garisan kuning tekan break, tarik hand break, lepas break perlahan-lahan pastikan tak gerak, tengok tayar, angkat tangan, minyak 2 1/2 lepas clucth perlahan-lahan rasa gerak turunkan hand break,tekan minyak untuk lepas bukit, dah lepas bukit lepas minyak, lepas perlahan-lahan clutch dan stanby break.

selesai…. lega 1 seksa#

* masa test, perkara pertama yang kita buat bukit. So hidupkan enjen, cek cermin dan pakai seat belt. Kalau bukan peserta pertama mesti peserta sebelumnya dah start enjin jadi kita tinggal betulkan cermin kanan (nampak tayar belakang) dan cermin belakang terus jalan.

B) Step parking:

1. Sampai tempat masuk bila dah tiba kat divider tekan clutch stering ke kiri sikit-sikit sampai habis stanby jugak break dah masuk tegakkan kereta berhenti pada tanda/divider penanda selari dengan badan kita. Nak berhenti opkos  tekan clutch dan break.

2. Free gear, pusing stering kiri habis masuk gear riverse, lepas break, lepas clutch perlahan-lahan tahan sampai nampak devider belakang 3 kaler cat batu (cth: hitam,putih,hitam) ikut kesesuaian, ada parking yang 3 ada yang 3 1/2 cat batu devider tu . Budget sampai nanti tayar belakang kita akan sentuh line kuning bukannya hitam. Sampai je sasaran 3 cat batu tu tekan clutch dan break.

3. Pusing stering 2 kali ke kanan dan sambung reverse.  Time ni control clutch jangan lepas habis dan break kalau tayar belakang dan cecah line kuning.

4. Pusing stering ke kanan habis dan sambung riverse sampai tayar depan sejengkal dari line, free gear dan angkat tangan tengok kat pegawai JPJ bila dia tunjuk kata jalan oke boleh keluar dari parking tu.

5. Tekan clutch masuk gear 1 jalan ke depan tahan stering (lepaskan clutch perlahan-lahan stanby break) sampai agak-agak cermin sisi kiri separas dengan tiang or tayar belakang lepas garisan sikit oke break dan  pusing stering ke kiri 3 kali. Keluar tapi masih jaga clutch jangan lepas habis dan tegakkan stering bila kereta dah jalan lepaskan clutch sedia untuk masuk ke parking 3 penjuru/jalan mati.

Jadi formula untuk parking ni: kiri habis, kanan 2 kali, kanan habis

ataupun,

free gear kiri habis, gear riverse, 3 cat batu, clutch break, kanan 2 kali, reverse cecah line kuning break, kanan habis sampai tayar depan lepas sejengkal dari line, free gear, angkat tangan, gear 1, keluar tahan stering, cermin sisi kiri sama dengan tiang break, kiri 3 kali, keluar tegakkan stering.

selesai… lega 2 seksa#

C) Step 3 penjuru/ jalan mati

1. Lepas clutch dan break biar kereta jalan sampai masuk (stering ke kanan/ikutlah tempat anda masuk kanan or kiri), tegakkan kereta himpit sikit ke kiri

2. Bila nampak ada 1 penanda kat sebelah devider kita pusing stering kanan habis, tegakkan kereta, tekan clutch dan break.

3. Free gear pusing stering ke kiri habis, masuk gear reverse dan lepas clutch perlahan-lahan sampai kereta dah lurus tekan clutch dan break. Time ni kalau rasa kereta nak mati tekan clutch.

4. Free gear pusing stering ke kanan tiga kali bagi tayar tegak, masuk gear 1 dan jalan. Kalau in case ada moto stop jangan jalan dulu.

Formula senang 3 penjuru/jalan mati:

Lepas clutch lepas break, himpit kiri, nampak tanda kanan habis, clutch break, free gear kiri habis, gear reverse, kawal clutch dan break, kereta tegak, free gear, kanan 3 kali, gear 1 jalan bila tiada kenderaan lain di simpang.

* ingat, jangan sampai enjin termati, kalau agak nak mati tekan clutch. Jangan keluar kalau nampak kenderaan. Tak perlu angkat tangan. Terus keluar.

selesai……

parking dan ambil card/borang. kalau tadi ketiga-tiganya tiada bunyi wisel or takde bunyi tiang jatuh means luluslah tu… lega… sekejap je… tengok borang tick lulus tak? lulus alhamdulillah….

mudah kan?

Alhamdulillah aku lulus ketiga-tiganya. Ada calon pada bukit ada juga dah lepas tiga penjuru tapi termati pas reverse keluar dari 3 penjuru gagal lah kan kesian padahal settle dah tinggal keluar je. Buatlah yang terbaik ya… bila lepas lega yang amat! hihi

Bagi borang sign, tulis nama dan ic kemudian duduk semula kat bilik menunggu tadi. Luahkan perasaan kat kawan. Then standby untuk buat jalan luar. Woow kembali nerves bila sorang-sorang kawan dah balik dan kini tibalah giliran aku pulak!

Syukur alhamdulillah kami dapat pegawai yang sangat baik. Buat lawak. Sekejap je dah siap. Syukur alhamdulillah lulus. Kenapa tak cerita panjang? sebab  jalan raya ni depends anda macamana, kena jalan apa dan paling penting dapat pegawai jpj macam mana… haha.. kepada encik JPJ terima kasih. Semoga Allah juga mempermudahkan urusan encik 🙂

Oke lega dah. Just sharing apa yang dibelajar apa yang cikgu ajar dan pengalaman sendiri nih. Kanan ke kiri ikutlah kesesuaian tempat anda ye.. good luck. Kalau orang lain boleh kenapa kita tidak kan? Berserah pada Allah. Dia yang tentukan cuaca, kereta segala-galanyalah! yang kurang ketinggian tu bawalah bantal. Inisiatif sendiri. Masuk je try tekan clutch panjang ke pendek sebab mungkin tak sama dengan kereta yang kita selalu belajar kan?? lebih-lebih lagi jalan raya naik viva dalam litar guna kancil. Setiap orang ada pengalaman tersendiri dan niat aku hanya hendak berkongsi dan mungkin boleh dijadikan sebagai catatan buat adik-adik nanti. Yelah kalau tak catit nanti lama-lama lupakan?

Minta izin ya cikgu & JPJ untuk kongsi step ni… 🙂

Good luck! Usaha tawakal pasti berjaya! InsyaALLAH . Thank you Allah 🙂

p/s: budak-budak lain bergambar aku tak sempat ehh umur pun dah akak-akak so xpela biar adek-adek la bergambar dengan tag nombor or time menunggu giliran bagai. Nerves!! Hp dah silent hp pon dah tak ditengok! haha